minda pertama

Khamis, 30 Jun 2011

hadiah seorang sahabat


terharunye bila ada seorang sahabat baru sy ni bagi sy hadiah gambar bunga ros purple tu..cantik kan??

ada la sorang sahabat ni..sy knal dy pun mase sy bertugas aritu..
ktrg ambil kursus yg same..sains hayat..cume brlainan lctre...dy seorang lelaki..haha..kami tak prnah bercakap pun...(mcm mne nak ckp kalo tak prnah jmpe kan?? pe la)
mmg sy tak prnah nmpak dy sblum ni..kalo nmpak pun ..sy tak prnah simpan gambaran wajah dy dlm memori sy..haha..sbb tak pnting pun..bukan ke dalam islam, umatnya disuruh menundukkan pandangan..??hehe..tak salah kalo kita memandang..selagi tak mendatangkan syahwat..tp bukan ke dari mata jatuh ke hati..???so, logik kan islam menggalakkan umatnye menundukkan pandangan..tp tak bermakna kita kurang keyakinan diri taw..hehe..brbalik pada cerita td...kami ditugaskan dalam satu kumpulan yg sama...sy tak kesah sgt pun psl dy ni sbb dy ni takde sangkut paut pun dlm hdup sy..so, sy tak ingat la kat dy..
tp tiba2 waktu kami brtugas tu, dy dtg kat sy..mintak marker pen ngn krtas kosong kat sy..haha..lawak la..mule2 sy blur la jgk sbb dy dtg mngejut..lagipun mse tu sy tgh brtugas..hehe..tp kami brtegur stakat tu je la...sy bg dy marker pen dgn kertas recycle..=p

tp lepas je habis brtugas tu, lpas ktrg da selesai program tu n balik ke rumah, dy mcg sy...bkn mcg sms..tp mcg kat fb..haha..pd sy itu tindakan yg gentle la..sy tak bpe minat la dgn org yg suke mintak no telefon ni..tp sy takde mksud pape ye..sy just ckp dy tu gentle je..hee..bru la sy taw nme dy..rsenye tak perlu la kot pembaca taw name dy..sbb korang bukan knal dy pun..heehe..biarlah sumenye mnjadi rhsia sy...
mula2 sy tulis la 'nujum pak belalang' kat status sy kat fb tu...
tbe2 dy kasi personal mcg kat inbox sy..sjak tu trus ktrg brkawan..n dari situlah bru sy taw yg kami brtugas dlm kumpulan yg same...n baru la sy taw name dy..dy ckp dy da pnah nmpak sy sblum ni..slalu kami terserempak kat cubicle..n yg paling mgharukan, dy msih ingat bju kurung yg sy pakai mse hari terakhir sy kat kolej..mse tu sy pegi cbcle n kami trserempak kat tangga cbcle...itu yg buat sy rase trsentuh sikit...
lpas tu, kami pun trus brkawan..dy bekas plajar sekolah agama..seronok dpt brkawan dgn dy..byk yg sy blaja drpd dy...dan sy brsyukur diperkenalkan dgn kwn yg mcm dy...
satu hari tu dy ckp nk pegi cameron highlands...sy pun seloroh la.."kalo awk pegi sne, awk nmpak bunga ros kale ungu, awk ingat la kat sy ye.."hehe..tak sangka dy ingat ap yg sy ckp tu..n dy trus kasi sy gambar bunga ros yg dy nmpak tu..terharunye...

kesimpulannya...sahabat yang baik perlu untuk kita mengukur peribadi yang baik...tengs frend...

Selasa, 28 Jun 2011

peristiwa israk mikraj...

seperti yang dah dijanjikan...hari ni sy nak kongsikan sikit pengalaman sy melalui pembacaan yg tak sampai bpe helai ni pun..hehe..
setakat ni sy da bace peristiwa bagaimana perjalanan rasulullah s.a.w. pada malam israk mikraj...
terdapat banyak hadis yang mengaitkan mengenai peristiwa penting bg umat islam ni..sy baru je baca hadis yang pertama..yang diriwayatkan oleh anas bin malik r.a

dalam hadis ni mengatakan yang nabi muhammad s.a.w dibawa oleh buraq, iaitu sejenis haiwan tunggangan yang berwarna putih tinggi, di atas keldai dan di bawah bighal..sy pun tak dapat nak bayangkan mcm mne rupa buraq tu..ini adalah salah satu rahsia kebesaran ALLAH...masyaALLAH..ia dapat melangkahkan kakinya sejauh mata memandang...haiwan tunggangan ini membawa nabi muhammad s.a.w. sampai ke baitul maqdis lalu baginda menunaikan solat dua rakaat di masjidil aqsa(palestin)..kemudian malaikat jibril membawakan baginda gelas yang berisi khamar dan segelas yang berisi air susu..lalu baginda memilih untuk minum air susu..jibril berkata baginda.."hai muhammad, sesungguhnya engkau telah memilih kesucian"

kemudian, buraq tersebut membawa baginda naik ke langit..

inilah gambar batu yang dikatakan ingin mengikuti baginda semasa peristiwa israk mikraj tetapi ditahan baginda..batu itu terapung di masjid al aqsa..masyaALLAH...besar sungguh kuasa ALLAH...


sampai di langit yang pertama, jibril meminta agar dibukakan pintu langit, lalu jibril ditanya "siapa anda?"
lantas jibril mnjawab ,"jibril"...jibril ditanya lagi, "siapa yang bersama anda"..lalu jibril menjawab"muhammad"...kemudian penjaga pintu itu brtanya lagi, "apakah dia telah diutus?"..jibril mnjawab..,,"dia telah diutus"...
pintu pun dibuka lalu nabi muhammad bertemu dgn nabi adam a.s..nabi adam a.s menyambut baginda lalu mendoakan kebaikan untuk baginda..

sampai pula ke pintu langit yang kedua, jibril ditanya lagi oleh penjaga pintu langit kedua tersebut...lalu jibril memberi jawapan yg sama seperti yang telah ditanyakan sebelumnya tadi...kemudian pintu pun dibuka lalu nabi muhammad s.a.w bertemu dengan dua orang sepupu baginda, iaitu nabi isa bin maryam dan juga nabi yahya bin zakaria lalu mereka pun mendoakan kebaikan buat baginda...

seterusnya..,di pintu langit yang ketiga..jibril ditanya soalan yang sama oleh penjaga pintu langit..kemudian jibril mmberi jwpn yg serupa..pintu langit dibuka dan nabi muhammad s.a.w bertemu dengan nabi yusuf a.s. yang telah diberi separuh dari ketampanan orang sedunia..nabi yusuf a.s. menyambut baginda dan mendoakan kebaikan buat baginda...

di pintu langit yang keempat, sekali lagi jibril ditanya soalan yang sama oleh pnjaga pintu langit lalu jibril memberi jawapan yang serupa...lalu pintu langit dibuka dan nabi muhammad s.a.w. disambut oleh nabi idris a.s. dan nabi idris a.s. mendoakan kebaikan buat baginda..ALLAH s.w.t. berfirman,:"Kami kelak akan mengangkatnya ke tempat yang tinggi" (Maryam:57)

setelah itu, buraq pun terus membawa baginda ke pintu langit yg kelima dan baginda pun disambut oleh nabi harun a.s. dan nabi harun a.s. pun mendoakan kebaikan untuk nabi muhammad s.a.w...

kemudian, di pintu langit yang keenam..jibril ditanya soalan yang sama lalu jibril memberikan jawapan yang sama seperti tadi..nabi muhammad s.a.w. disambut oleh nabi musa a.s. dan beliau mendoakan kebaikan buat baginda...

setelah itu, buraq tersebut membawa baginda ke pintu langit yang ketujuh dan baginda bertemu dengan nabi ibrahim a.s. yang sedang menyandarkan punggungnya ke al-Bait al-Ma'mur, yang setiap harinya dimasuki oleh tujuh pulih ribu malaikat. malaikat tersebut tidak masuk kembali sesudahnya..maksudnya, tujuh puluh ribu malaikat yg masuk al-Bait al-Ma'mur setiap hari selalunya pendatang baru..

setelah itu, buraq tersebut membawa nabi muhammad s.a.w. dan jibril sampai ke sidratul muntaha yang daun-daunnya seperti telinga gajah dan buah-buahnya seperti bejana besar..

maka ALLAH mewahyukan kepada baginda solat 50 waktu sehari semalam. kemudian baginda turun dan bertemu dangan nabi musa a.s.. lalu nabi musa a.s. bertanya "apakah yang diwajibkan oleh ALLAH ke atas umatmu?" baginda pun menjawab, "lima puluh kali solat sehari semalam.."
lalu nabi musa a.s. menyuruh baginda kembali menemui ALLAH dan minta supaya dikurangkan bilangan solat tersebut kerana sesungguhnya umat nabi muhammad tidak mampu untuk melakukan hal tersebut..
lalu baginda menurut apa yang diperkatakan oleh nabi musa a.s.
nabi muhammad s.a.w. kembali kepada ALLAH lalu bermohon supaya diberikan keringanan kepada umat baginda..maka ALLAH memberikan keringanan sebanyak lima solat hingga yang tinggal hanyalah 45 solat..lalu baginda kembali kepada musa a.s. lalu musa a.s. bertanya lagi..apabila nabi muhammad s.a.w. menyatakan Allah s.w.t. telah memberi keringanan sebanyak 45 solat sehari semalam untuk dikerjakan oleh umat baginda, nabi musa a.s. meminta baginda supaya menemui ALLAH dan meminta supaya diberikan keringanan lagi..maka nabi muhammad sentiasalah berulang alik antara ALLAH dan nabi musa a.s.

sehinggalah, ALLAH mangatakan, "wahai muhammad, sesungguhnya kewajipan solat itu 5 kali sehari semalam..tiap solat mendapat sepuluh kelipatan pahala. maka 5 kali solat bersamaan dengan 50 kali solat..sesiapa berniat melakukan suatu kebiakan tp tidak dilaksanakan, maka akan dicatat satu kebaikan. kalau dilaksanakan, maka akan dicatat sepuluh kebaikan buatnya..sesiapa yang berniat melakukan kejahatan tetapi tidak melaksanakannya, maka tidak dicatat sama sekali kejahatannya. tapi jika dilaksanakan, maka hanya dicatat baginya satu kejahatan..

nah..di sini kita dapat melihat, betapa maha pengasih lagi maha penyayang ALLAH kepada hambanya..sesungguhnya, untuk menetapkan dirimu pada jalan ALLAH, amatlah sukar..oleh itu, berdoalah kepadaNYA supaya ditetapkan keimanan dalam hati semoga kita sentiasa berada dalam kerdhaanNYA..

kemudian, nabi muhammad s.a.w. turun sehingga sampai kepada nabi musa a.s. lalu diberitahu kepada nabi musa a.s...maka nabi musa a.s. mengatakan, "kembalilah kepada tuhanmu dan mintalah supaya dikurangkan lagi," lalu baginda menjawab, "Aku telah kembali kepada tuhanku (berulang-ulang) sehingga aku merasa malu kepadaNYA," (hadis riwayat Muslim)

setakat ini itulah yang sy dah baca..wallahualam..yang baik datang daripada ALLAH dan yang kurang itu dtg daripada kelemahan sy sendiri..




melalui pembacaan sy, sidratu muntah itu berasal daripada perkataan sidrah, yang merujuk kepada pohon bidara yang dilihat Rasulullah pada malam israk di mana baginda melihat jibril..ia terdapat pada langit ke tujuh menurut anas r.a..tp sebahagian ulama' mengatakan ia terdapat di langit keenam..dan dpt disimpulakn bahawa akarnya terdapat dilangit keenam sementara rantingnya terdapat di langit ketujuh..wallahualam..
mengapa disebut dgn sidratul muntaha?
jawapannya.., kerana sampai di situlah akhir ilmu malaikat. malaikat tidak dapat melewatinya dan sesiapa pun juga melainkan nabi muhammad s.a.w...ini menurut pendapat sesetengah ulama...



tangan sy pun dah pnat menulis...tulisan seterusnya insyaALLAH akan dibuat setelah buku karangan SAYID MUHAMMAD ALAWI yg diterjemahkan oleh MUHAMMAD AKHYAR dan SYAHRIN BIN JASAH habis dibaca...=)

Isnin, 27 Jun 2011

27 rejab...=)

SUCIKANLAH EMPAT HAL DENGAN EMPAT PERKARA...iaitu wajahmu dengan linangan air mata keinsafan..lidahmu basah kerana berzikir ke atas Penciptamu..hatimu takut dan gentar kepada kehebatan Rabbmu..dan dosa-dosa yang silam disulami dengan taubat kepada Dzat yang Memilikimu...sesungguhnya..tidak ada insan suci yang tidak ada masa silamnya..dan tidak ada insan berdosa yang tidak ada masa depan...
sama-samalah kita bertaubat memohon keampunan Ilahi kerana sesungguhnya


Hmm..esok 27 rejab kan??apa kata kita sama-sama saling menghayati peristiwa israk mikraj yang dilalui oleh rasul junjungan kita, nabi Muhammad saw...sebentar td sy dgn mak ke perpustakaan...sesungguhnya, sememangnya sy ingin menjadi insan yang baru..ingin mninggalkan segala yang dilarangNYA..dan melakukan segala perintahNYA selagi diri ini mampu..
dan akan sentiasa bersifat terbuka apabila didatangi teguran...sesungguhnya tidak ada insan yang sempurna di dunia ini melainkan Rasulullah saw kerana beginda memiliki sifat maksum...(melalut pulak sy ni)...so td sy carik la buku-buku yang ingin sy jadikan santapan rohani...dan sy terjumpa buku ttg peristiwa israk mikraj...tak sabar rasenye untuk sy baca buku tu...insyaALLAH pada tulisan akan datang sy akan ceritakan serba sedikit mengenai peristiwa ini melalui bacaan sy...=)

Ahad, 26 Jun 2011

jangan malu-malu..=)

pagi ni...saya bangun dengan penuh bersemangat..
haha..semangat baru la agaknye...seawal 4.30 da terjaga (padahal tak tidur pun)...plan sy pagi ni ialah...(jeng jeng jeng)...MEMASAK..haha...biar btol??pukul 4.30 nk masak dah???nak berniaga ke?? hahahaha..bukan la..sbnarnye arini sy kne teman mak sy ambik slip exam adq sy..so kene masak awl la...hari ni kami nak masak nasi lemak..haa...kepada sumer gurls kat luar sne..toksah malu la kalo anda tak reti memasak..kita serupa...tp..sy sedang mendalami ilmu memasak..di samping ilmu mnjahit..inilah mse yang sy ada..sementara blum masuk u lg..
so...sy nak share la sikit cara nak sediakan nasi lemak...


BAHAN2...
beras
santan
daun pandan
halia
serai

ikan bilis, bawang kecil, bawang putih, dan belacan yang da siap ditumbuk
kacang tanah, timun, telur...


so..itulah bahan2 dy..kacang je nak buat..haha...
rasenye kalo nak masak nasik sume orang da taw kan..just masukkan beras dlm periuk, then perahkan santan secukup rase, pastu masukkan halia, daun pandan n serai...siap...=)

next..skrg ni kite masak sambal tumis pulak..
mule2 sdiakan bahan2 dy...then kite hidupkan la api...tumis bawang kecik, bawang putih, ikan bilis, n belacan yang da siap ditumbuk tadi...lpas tu masukkan lada kisar...kacau sampai agak kering, lpas tu bru masukkan air asam jawa...then, msukkan la garam, gula, n ajinomoto secukup rase...snang je...ngeee...
da siap...selamat mencuba ye...

Khamis, 23 Jun 2011

cuba baca...

Apabila saya terlibat dengan kerja dakwah, barulah saya tahu saya telah banyak melakukan zina hati,” kata seorang pemuda.

“Itulah dulu pun saya ada kekasih, dan kami saling cinta menyintai dan merancang untuk berkahwin apabila sampai masanya, tapi apabila saya tahu hubungan saya dengan dia tu menyebabkan saya dan dia terjebak dengan zina hati maka saya putuskan”

Seringkali saya mendengar kata-kata seperti itu keluar melalui kata-kata atau tulisan daripada mereka yang melibatkan diri dengan gerak kerja persatuan-persatuan Islam atau kerja-kerja dakwah remaja.

Pada mulanya saya buat tak kisah atau dengan kata lain buat tak pot kerana saya menganggap kes-kes itu sebagai kes terpencil yang biasanya berlaku di zaman sekolah menengah. Biasalah tu budak-budak sekolah yang baru dalam proses pra-matang kepada matang, baru nak up orang kata, pedulikanlah.

Tapi apabila ada pelajar di peringkat universiti yang mengeluarkan kenyataan-kenyataan mirip sebegitu, saya mula tertanya-tanya dan bersyak wasangka, “eh takkanlah pelajar universiti yang bakal keluar sebagai pemimpin masyarakat pun tak faham-faham lagi, mustahillah”.

Tapi ternyata, sangkaan saya itu meleset sama sekali. Mimpi buruk melanda diri setelah melancong ke laman-laman web internet yang mempromosikan keislamikkan mereka. Saya terkejut apabila mendapati ketempangan yang cukup serius dalam memahami apa yang diistilahkan sebagai zina hati.

MAKSUD ZINA HATI DAN ZINA KECIL YANG LAIN

Sabda Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam:
(إِنَّ اللهَ كَتَبَ عَلَى ابْنِ آدَمَ حَظَّهُ مِنَ الزِّنَا أَدْرَكَ ذَلِكَ لاَ مَحَالَةَ، فَزِنَا الْعَيْنِ النَّظَرُ، وَزِنَا اللِّسَانِ الْمَنْطِقُ، وَالنَّفْسُ تَمَنَّى وَتَشْتَهِي، وَالْفَرْجُ يُصَدِّقُ ذَلِكَ وَيُكَذِّبُهُ). رواه البخارى (6/2438، رقم 6238)، ومسلم (4/2046، رقم 2657)، وأبو داود (2/246، رقم 2152)، والبيهقى فى شعب الإيمان (4/365، رقم 5428).

وفي رواية مسلم: (كُتِبَ عَلَى ابْنِ آدَمَ نَصِيبُهُ مِنْ الزِّنَا مُدْرِكٌ ذَلِكَ لَا مَحَالَةَ فَالْعَيْنَانِ زِنَاهُمَا النَّظَرُ وَالْأُذُنَانِ زِنَاهُمَا الِاسْتِمَاعُ وَاللِّسَانُ زِنَاهُ الْكَلَامُ وَالْيَدُ زِنَاهَا الْبَطْشُ وَالرِّجْلُ زِنَاهَا الْخُطَا وَالْقَلْبُ يَهْوَى وَيَتَمَنَّى وَيُصَدِّقُ ذَلِكَ الْفَرْجُ وَيُكَذِّبُهُ).

Maksudnya: (Sesungguhnya Allah mencatatkan bahagian zina yang tidak dapat tidak berlaku ke atas anak-anak Adam. Zina mata itu adalah pandangan, zina lidah itu adalah ucapan, nafsu mengharap dan berkeinginan, dan kemaluan itu mengiyakan atau mendustakannya). Hadith riwayat Bukhari (6/2438, no 6238), Muslim (4/2046, no 2657), Abu Daud (2/246, no 2152), dan Imam Baihaqi dalam Shu’ab Iman (4/365, no 5428).

Dan dalam riwayat Imam Muslim: (Sesungguhnya Allah mencatatkan bahagian zina yang tidak dapat tidak berlaku ke atas anak-anak Adam. Mata itu zinanya pandangan, telinga itu zinanya mendengar, lidah itu zinanya ucapan, tangan itu zina melakukan kekerasan, kaki itu zinanya langkah, dan hati itu mengharap dan berkeinginan, dan mengiyakannya kemaluan atau mendustakannya)

Hadith pertama menggunakan istilah zina nafsu, manakala hadith yang kedua pula menggunakan istilah zina hati. Hadith inilah yang menjadi hujah tentang wujudnya zina yang dinamakan dengan zina hati dan tidak syak lagi hadithnya adalah hadith yang sahih.

Tidak dipertikaikan kewujudan istilah zina hati dan asasnya dalam Islam, tetapi apa yang dipertikaikan adalah kegagalan ramai daripada kalangan mereka yang bercakap tentangnya untuk mengupasnya secara ilmiyyah sehingga adakalanya membuatkan remaja dan pemuda salah faham yang seterusnya menyebabkan berlakunya pemikiran yang tempang dalam beragama.

Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan zina hati? Adakah jatuh cinta kepada seseorang itu dianggap zina hati? Adakah teringatkan seseorang itu zina hati? Mungkin sebahagian daripada kita akan menjawab: “Ya, itulah zina hati”. Apabila ditanya lagi mengapa itu zina hati? Jawab mereka: “Kerana kita mengingati seseorang yang ajnabi (bukan mahram) yang tidak halal buat kita”!!!

Kalau anda meletakkan sebab pengharamannya adalah kerana dia ajnabi tidak halal bagi kita, bagaimana anda mahu menafsirkan firman Allah dalam Al-Qur’an tentang Sahabat Nabi yang teringatkan perempuan ajnabiyyah yang tidak halal buatnya?

Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah, ayat ke-235:
))عَلِمَ اللَّهُ أَنَّكُمْ سَتَذْكُرُونَهُنَّ وَلَكِنْ لا تُوَاعِدُوهُنَّ سِرّاً إِلَّا أَنْ تَقُولُوا قَوْلاً مَعْرُوفاً((

Dalam ayat ini dan ayat sebelumnya, menceritakan tentang عدة / iddah (tempoh suci) perempuan yang bercerai dengan suaminya. Kemudian ada lelaki ajnabi yang mengintai-intai peluang untuk melamar perempuan ini. Lalu Allah berfirman ((Allah Maha Mengetahui bahawa kamu akan mengingati perempuan tersebut, tetapi jangan kamu berjumpa dengan perempuan itu secara rahsia kecuali dengan berkata-kata perkara yang baik)).

Syed Qutb dalam tafsirnya berkata: “Dan Allah telah mengharuskannya kerana itu berkaitan dengan kecenderungan fitrah yang halal pada asalnya, harus pada zatnya … dan Islam itu tidak menghancurkan kecenderungan fitrah tetapi membajainya, dan tidak menekan naluri kemanusiaan tetapi mengawalnya. (Rujuk Fi zilali Qur’an oleh Syed Qutb, jilid 1, m/s 238).

Bukankah perempuan yang baru berpisah dengan suaminya merupakan perempuan ajnabiyyah kepada lelaki lain yang mahu melamarnya??? Tapi mengapa Allah langsung tidak mengatakan kepada lelaki ajnabi itu tak boleh mengingati perempuan tetapi hanya berpada dengan berkata ((Allah Maha Mengetahui bahawa kamu akan mengingati perempuan tersebut tetapi jangan kamu berjumpa dengan dia secara rahsia)).

Justeru apa yang dapat difahamai daripada ayat tersebut adalah: Tiada masalah dalam mengingati perempuan tersebut, tapi jangan fikir nak buat yang bukan-bukan yang bertentangan dengan syarak’. Itulah apa yang sepatutnya difahami daripada firman Allah tersebut.

Kalau mengingati perempuan yang ajnabiyyah itu zina hati, tentunya Allah melarang para sahabat daripada mengingati perempuan, tetapi Allah sendiri tidak melarang bahkan memberi izin.

Justeru, yang dimaksudkan dengan zina hati itu adalah hati yang menaruh niat untuk berzina, menikmati hubungan persetubuhan luar nikah. Itu yang dimaksudkan dengan zina hati. Rujuk kembali konteks hadith berkaitan zina hati secara keseluruhan. Tidakkah di pengakhiran hadith tersebut Nabi ada menyebut:
وَالْفَرْجُ يُصَدِّقُ ذَلِكَ وَيُكَذِّبُهُ

Maksudnya: (dan kemaluan itu mengiyakan atau mendustakannya). Bermakna semua perkara daripada tangan, kaki, telinga, mata, lidah, hati yang menuju ke arah persetubuhan haram barulah dipanggil dengan zina. Sebab itu disebut di pengakhiran hadith (Kemaluan itu yang akan menentukan berlaku atau tidak berlakunya zina).

Sebab itu Ibnu Mas’ud menambah dengan katanya:

"فإن صدقه بفرجه كان زانيا وإلا فهو اللمم" أخرجه البيهقي في شعب الإيمان (5/393، رقم 7060)

Maksudnya: “Jika dia mengiyakannya (kehendak berzina) dengan kemaluannya maka dia menjadi penzina, jika tidak maka itu adalah Al-Lamam (dosa kecil)”. Dikeluarkan oleh Imam Baihaqi dalam kitabnya Shu’abul Iman (5/393, no 7060).

Jadi, zina kecil yang disebutkan itu adalah yang mengarah pada hubungan kelamin luar nikah. Oleh itu, melihat bukan mahram bukanlah serta-merta boleh digolongkan sebagai zina mata. Yang tergolong “zina mata” adalah pandangan yang menggoda dan penuh syahwat.

Dengan itu juga, menyampaikan kata-kata mesra kepada bukan mahram bukanlah semestinya tergolong sebagai “zina lisan”. Yang tergolong sebagai “zina lisan” adalah kata-kata pujuk rayu dan godaan kepada nafsu berahi.

Begitu juga halnya dalam masalah mengingati atau merindukan si dia atau pun merasakan getaran di hati ketika memikirkan si dia, bukanlah serta merta boleh tergolong sebagai “zina hati”. Pengertian “zina hati” adalah mengharap dan menginginkan kepada persetubuhan luar nikah sebagai memenuhi syahwat.

EKSTREMIS DI DALAM ISU ZINA HATI

“Melihat perempuan itu haram”

“Mendengar suara perempuan itu haram”

“Mengingati bayangan perempuan itu haram”

“Semua itu adalah zina”

Biasa mendengar klausa-klausa kata sebegitu?...hehe. Banyak kali dengar kan? Mungkin agaknya mereka mahu menjadikan perempuan itu sebagai makhluk haram di atas planet bumi ini, dan bagi perempuan pula mereka mahu menjadikan makhluk lelaki sebagai makhluk haram di atas planet bumi ini.

Sampai begitu sekalikah pandangan anda tentang pengharaman segala yang datang daripada perempuan atau segala yang datang daripada lelaki? Sedangkan khinzir pun tidak sampai ke tahap itu diharamkan dalam Al-Qur’an. Yang hanya diharamkan adalah makan dagingnya sahaja.

Apakah sebenarnya pengharaman dalam masalah perhubungan antara lelaki dan perempuan? Adakah perempuan itu haram semata-mata kerana dirinya حرام لذاته / haram lizatihi, atau haram kerana perkara luaran lain حرام لغيره / haram lighairihi?

Melihat perempuan itu haram sebab apa? Adakah semata-mata pandangan kepada perempuan itu haram atau pandangan itu haram disebabkan unsur luaran lain?

Tentunya pandangan yang diharamkan adalah pandangan yang disertai dengan syahwat, pandangan yang menggoda dan bernafsu. Itulah sebab kepada pengharaman pandangan bukan semata-mata kerana pandangan biasa.

Suara perempuan itu haram sebab apa? Adakah semata-mata suara kepada perempuan itu haram atau suara itu haram disebabkan unsur luaran lain?

Tentunya suara yang diharamkan adalah suara yang dilunakkan untuk menarik perhatian, suara manja mendodoi, suara-suara gedik. Suara sebegitulah yang diharamkan bukan semata-mata suara biasa.

Mengingati perempuan itu? Adakah semata-mata ingat kepada perempuan itu haram atau ingatan itu haram disebabkan unsur luaran lain?

Tentunya ingatan yang diharamkan adalah ingatan yang membayangkan keseksian susuk tubuh perempuan, membayangkan untuk bersetubuh dengan perempuan dan bayangan yang membangkitkan berahi. Ingatan dan bayangan sebegitulah yang diharamkan bukan semata-mata ingatan biasa.

Itulah hal-hal yang dipanggil zina kecil. Pengakhiran yang menentukannya adalah kemaluannya sama ada menjebakkannya ke kancah perzinaan hakiki atau tidak.

SEJAUH MANA DOSA ZINA TANGAN, KAKI, TELINGA, MATA, LIDAH, HATI?

Ibnu Mas’ud mengatakan bahawa:
"فإن صدقه بفرجه كان زانيا وإلا فهو اللمم" أخرجه البيهقي في شعب الإيمان (5/393، رقم 7060)

Maksudnya: “Jika dia mengiyakannya (kehendak berzina) dengan kemaluannya maka dia menjadi penzina, jika tidak maka itu adalah Al-Lamam (dosa kecil)”. Dikeluarkan oleh Imam Baihaqi dalam kitabnya Shu’abul Iman (5/393, no 7060).

Kata Ibnu Abbas pula:
"مَا رَأَيْتُ شَيْئًا أَشْبَهَ بِاللَّمَمِ مِمَّا قَالَ أَبُو هُرَيْرَةَ عَن النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: (إِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ كَتَبَ عَلَى ابْنِ آدَمَ حَظَّهُ مِنْ الزِّنَا أَدْرَكَهُ لَا مَحَالَةَ وَزِنَا الْعَيْنِ النَّظَرُ وَزِنَا اللِّسَانِ النُّطْقُ وَالنَّفْسُ تَمَنَّى وَتَشْتَهِي وَالْفَرْجُ يُصَدِّقُ ذَلِكَ أَوْ يُكَذِّبُهُ)". رواه البخاري (8/67، رقم 5774) ومسلم (8/52، رقم 4801).

“Aku tidak melihat sesuatu yang lebih menyerupai Al-Lamam itu kecuali daripada kata-kata Abu Hurairah daripada Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam (Sesungguhnya Allah mencatatkan bahagian zina yang tidak dapat tidak berlaku ke atas anak-anak Adam. Zina mata itu adalah pandangan, zina lidah itu adalah ucapan, nafsu mengharap dan berkeinginan, dan kemaluan itu mengiyakan atau mendustakannya)”. Riwayat Imam Bukhari (8/67, no 5774), dan Imam Muslim (8/52, no 4801).

Apa yang dimaksudkan dengan Al-Lamam??? Al-Lamam bermaksud dosa kecil yang tidak akan selamat daripadanya kecuali mereka yang dilindungi dan dijaga oleh Allah. Ibnu Mas’ud, Abu Said, Huzaifah, dan Masruq berpendapat bahawa: Al-Lamam itu ialah selain daripada bersetubuh, sama ada ciuman, sentuhan, pandangan, dan baringan. (Rujuk Tafsir Al-Qurthubi, jilid 17, m/s 106, cetakan Dar Alamil kutub).

Perkataan Al-Lamam ini disebut dalam firman Allah dalam Al-Qur’an, Surah An-Najm , ayat ke-32 :
((وَلِلَّهِ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ لِيَجْزِيَ الَّذِينَ أَسَاءُوا بِمَا عَمِلُوا وَيَجْزِيَ الَّذِينَ أَحْسَنُوا بِالْحُسْنَى (31) الَّذِينَ يَجْتَنِبُونَ كَبَائِرَ الْإِثْمِ وَالْفَوَاحِشَ إِلَّا اللَّمَمَ إِنَّ رَبَّكَ وَاسِعُ الْمَغْفِرَةِ ...))

Maksudnya: ((Dan bagi Allah segala yang di langit dan di bumi, supaya dia membalas mereka yang berbuat buruk dengan apa yang mereka kerjakan, dan membalas mereka yang baik dengan kebaikan. Mereka yang menjauhi dosa-dosa besar dan perkara-perkara keji kecuali Al-lamam, Sesungguhnya Tuhan kamu Maha Luas keampunannya…))

Contoh daripada hadith ini mungkin boleh membantu soal pengampunan dosa Al-Lamam:
أَنَّ رُجلا أصَابَ من امرأَةٍ قُبْلَة، فأتَى النبيَّ صلى الله عليه وسلم، فذكر ذلك له، فَنزلت ((وأَقِمِ الصَّلاةَ طَرَفَيِ النَّهارِ وَزُلَفا مِنَ اللَّيْلِ، إنَّ الْحَسَناتِ يُذْهِبْنَ السَيِّئاتِ ذلكَ ذِكْرى لِلذَّاكِرين)) [ هود : 116]. فقال الرجل : يا رسول اللّه، أَلِيَ هذه ؟ قال: «لمنْ عمل بها من أُمَّتي». أخرجه البخاري (1/140)، ومسلم (8/101).



Maksudnya: Seorang lelaki telah mencium seorang perempuan, lalu dia datang bertemu Nabi dan menceritakan perkara itu kepada Nabi”. Lalu turunlah ayat ((Dan dirikanlah solat pada sebahagian hari dan hujung malam, sesungguhnya kebaikan itu akan menghapuskan keburukan, itu adalah ingatan kepada mereka yang mengingati)) [Surah Hud, ayat ke-116]. Lalu lelaki tersebut berkata: “Wahai Rasulullah, adakah bagiku (sahaja) hal ini? Sabda Nabi: (Bahkan bagi orang melakukannya daripada umatku). Riwayat Imam Bukhari (1/140) dan Imam Muslim (8/101).

Lelaki tersebut telah melakukan zina kecil, iaitu mencium seorang perempuan bukan mahram. Bagaimana untuknya menghapuskan dosa zina kecil tersebut? Jawabnya adalah dengan berbuat kebaikan, insyaAllah kebaikan yang dibuat itu akan menghapuskan dosa yang dilakukan.

APA HUKUM BERCINTA?

Pertamanya, apa maksud bercinta itu? Adakah maksudnya memiliki dan berkongsi perasaan cinta antara lelaki dan perempuan? Atau maksudnya keluar berdua-duaan dan bermesra dengan jalan berpimpin tangan dan segala aktiviti lain?

Saya rasa semua bersetuju bahawa kalau maksudnya keluar berdua-duaan dan bermesra dengan jalan berpimpin tangan dan segala aktiviti lain maka saya kira semua daripada kita akan bersetuju tentang keharamannya.

Tetapi kalau maksudnya, memiliki dan berkongsi perasaan cinta antara lelaki dan perempuan, apakah juga termasuk dalam perkara yang haram? Apakah yang salahnya di situ? Mungkin ada yang akan menjawab, tak boleh, kerana bercinta sebelum kahwin itu akan mengundang dosa dengan melakukan perkara-perkara tak baik.

Baik kalau begitu, bercinta itu tidak haram pada asalnya tetapi bertukar menjadi haram kerana tidak mematuhi batas-batas yang dibenarkan. Pendek kata, pengharaman itu berlaku bukan pada perasaan tersebut tetapi pada perkara luar. Atau dengan bahasa usul Fiqhnya cinta itu bukannya حرام لذاته / haram lizatihi, tetapi bertukar menjadi حرام لغيره / haram lighairihi kerana perkara lain.

Bermakna selagi mana batas-batas pergaulannya terjaga maka cinta itu tiada sebab dan alasan untuk diharamkan.

Justeru, tidak sepatutnya wujud antara kita yang semudah-mudahnya mahu menghukum mereka yang menyimpan perasaan cinta antara satu sama lain itu sebagai haram kerana perasaan cinta itu adalah fitrah manusia yang suci. Hanya apabila batas-batas pergaulan dilanggar barulah hukumnya bertukar menjadi haram.

Makan daging lembu itu adalah halal, tetapi makan daging lembu yang dicuri adalah haram, bukan kerana daging itu, tetapi kerana masalah curi. Bagi menghalalkan kembali daging tersebut, bayar sahaja wang harga daging kepada tuan punyanya.

Begitu juga dengan cinta. Menyimpan dan berkongsi perasaan cinta dengan bukan mahram itu adalah satu perkara fitrah dan diharuskan dalam agama, tetapi apabila perasaan itu disertai dengan kehendak untuk persetubuhan haram (zina), maka diharamkan, bukan kerana perasaan tersebut tetapi kerana niat untuk persetubuhan haram tersebut. Justeru, bagi menghalalkan kembali hubungan cinta yang terjalin, perkara-perkara haram yang timbul perlu dibuang.

Memiliki dan berkongsi perasaan cinta ini yang halal ini diperakui oleh Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas:
عن ابن عباس رضي الله عنهما أن رجلاً قال: "يا رسول الله في حجري يتيمة قد خطبها رجل موسر ورجل معدم، فنحن نحب الموسر وهي تحب المعدم، فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: (لم نر للمتحابين غير النكاح)". أخرجه ابن ماجه (1/593، رقم 1847)، والطبرانى (11/17، رقم 10895)، والحاكم (2/174، رقم 2677) وقال: صحيح على شرط مسلم، والبيهقى (7/78، رقم 13231).

Maksudnya: Daripada Ibnu Abbas, bahawa seorang lelaki berkata kepada Nabi: “Wahai Rasulullah, aku ada memelihara seorang anak yatim perempuan. Dia dilamar oleh orang kaya dan orang miskin. Kami suka kalau dia memilih yang kaya, tetapi dia cinta kepada yang miskin. Maka berkata Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam: (Kami tidak melihat perkara yang sesuai bagi orang yang saling menyintai itu kecuali kahwin)”. Hadith diriwayatkan oleh Ibnu Majah (1/593, no 1874), At-Tabarani (11/17, no 10895), Al-Hakim (2/174, no 2677) dan berkata bahawa “hadith ini sahih mengikut syarat Imam Muslim”, dan Imam Baihaqi (7/78, no 13231).

Nabi langsung tidak mencela perasaan cinta yang dimiliki anak yatim perempuan tersebut sebelum berkahwin. Nabi hanya berkata bahawa perkara yang sesuai kepada orang yang saling menyintai itu adalah kahwin.

Hadith seterusnya berkenaan cinta Mughith kepada Barirah:
عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ: أَنَّ زَوْجَ بَرِيرَةَ كَانَ عَبْدًا يُقَالُ لَهُ مُغِيثٌ كَأَنِّي أَنْظُرُ إِلَيْهِ يَطُوفُ خَلْفَهَا يَبْكِي وَدُمُوعُهُ تَسِيلُ عَلَى لِحْيَتِهِ فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِعبَّاسٍ: يَا عَبَّاسُ، أَلَا تَعْجَبُ مِنْ حُبِّ مُغِيثٍ بَرِيرَةَ وَمِنْ بُغْضِ بَرِيرَةَ مُغِيثًا). فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: (لَوْ رَاجَعْتِهِ). قَالَتْ: يَا رَسُولَ اللَّهِ تَأْمُرُنِي؟ قَالَ: (إِنَّمَا أَنَا أَشْفَعُ) قَالَتْ: لَا حَاجَةَ لِي فِيهِ. أخرجه البخارى (5/2023، رقم 4979)، وأبوداود (2/270، رقم 2231)، والنسائى (8/245، رقم 5417)، وابن ماجه (1/671، رقم 2075)، وأخرجه أيضًا ابن حبان (10/96، رقم 4273).

Maksudnya: Daripada Ibnu Abbas (dia berkata): “(Bekas) Suami Barirah adalah seorang hamba dipanggil Mughith. Seolah-olah aku melihatnya sekarang mengekori belakang Barirah dengan bercucuran air mata atas janggutnya. Nabi lalu berkata kepada Abbas: (Wahai Abbas, tidakkah engkau takjub dengan kecintaan Mughitgh kepada Barirah, dan kebencian Barirah kepada Mughith?. Kata Nabi kepada Barirah: (Kalaulah kamu dapat kembali kepadanya). Barirah lalu berkata: “Wahai Rasulullah, adakah kamu memerintahkan aku? Nabi berkata: (Aku hanya menjadi juru runding). Barirah berkata: “Aku tak punya hajat pada Mughith”. Hadith riwayat Imam Bukhari (5/2023, no 4979), Abu Daud (2/270, no 2231), Imam An-Nasa’I (8/245, no 5417), Ibnu Majah (1/671, no 2075), juga Ibnu Hibban (10/96, no 4273).

Apa yang dapat difahami daripada hadith ini adalah:

1) Nabi tidak pernah melarang Mughith daripada terus mencintai Barirah walaupun Barirah telah menjadi ajnabiyyah buatnya.

2) Nabi bahkan mengambil inisiatif bagi melihat cinta itu berjaya dengan memujuk Barirah supaya kembali kepada Mughith, tetapi apakan daya Barirah tetap menolak.

3)Nabi tidak memberikan sebarang komen terhadap Mughith yang setia mengekori Barirah untuk memujuknya. Bahkan Nabi bersabda kepada Abbas: (Tidakkah engkau takjub dengan kecintaan Mughitgh kepada Barirah, dan kebencian Barirah kepada Mughith?)

Lihat bagaimana ajaran Islam yang bersifat sesuai dengan realiti kehidupan berdepan dengan masalah manusia. Sayangnya ajaran Islam yang bersifat realistik dan meraikan fitrah manusia ini, dicemarkan oleh sebahagian daripada kita yang terlampau bersemangat dalam membasmi masalah gejala sosial, sehingga dalam sedar atau tidak sedar mereka turut membasmi fitrah manusia dan menjadikan ajaran Islam seolah-olah hanya merupakan fantasi kehidupan yang tidak pernah wujud.

Islam datang bukan untuk berkata: “Jangan menyintai dan buang perasaan cinta itu”, tetapi datang dengan mengajarkan kita bahawa andainya kamu jatuh cinta, maka barhati-hatilah agar cinta itu tidak membuatkan kamu terpesong daripada kebenaran.

Islam juga datang bukan untuk mengatakan kepada kita: “Jangan kamu membenci sesama kamu”, tetapi datang untuk mengajarkan andainya kamu membenci seseorang maka biarlah berpada-pada jangan sampai membutakan kamu daripada kebenaran.

Jatuh cinta adalah perkara yang tidak mampu dikawal, hal itu terletak pada kuasa Allah dan Allah tidak akan menzalimi hambaNya dengan membebankan mereka dengan perkara-perkara yang tidak mereka mampu melakukannya. Masalah yang diperbahaskan dalam ilmu usul fiqh sebagai التكليف بما لا يطاق / Attaklif bima la yutaq.

Sedangkan Nabi sendiri pun meminta pengecualian daripada Allah dalam urusan berlaku adil antara isterinya dalam perkara yang melibatkan hati dan perasaan.
عَنْ عَائِشَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَقْسِمُ بَيْنَ نِسَائِهِ فَيَعْدِلُ، وَيَقُولُ: (اللَّهُمَّ هَذِهِ قِسْمَتِي فِيمَا أَمْلِكُ فَلَا تَلُمْنِي فِيمَا تَمْلِكُ وَلَا أَمْلِكُ). قال الترمذي: إِنَّمَا يَعْنِي بِهِ الْحُبَّ وَالْمَوَدَّةَ كَذَا فَسَّرَهُ بَعْضُ أَهْلِ الْعِلْمِ. أخرجه الترمذي (1140)، وأبو داود (2134)، والنسائي (7/63).

Maksudnya: “Daripada Aisyah bahawa Nabi membahagikan antara isteri-isterinya dengan adil dan dia berkata: (Ya Allah, ini adalah pembahagian aku daripada apa yang aku miliki, janganlah Engkau mencela aku pada perkara yang Engkau miliki tapi tidak aku miliki). Berkata Imam Tirmizi: Sesungguhnya yang dimaksudkan itu adalah perasaan cinta dan sayang sebagaimana tafsiran ahli ilmu. Hadith dikeluarkan oleh Imam Tirmizi (1140), Imam Abu Daud (2134), dan Imam Nasa’I (7/63).

Jelas melalui hadith tersebut bahawa perasaan cinta dan sayang tidak mampu dikawal oleh manusia. Mustahil bagi seorang lelaki yang beristeri empat contohnya mahu berlaku adil terhadap isteri-isterinya dalam soal hati dan perasaan. Sebab itu Nabi sendiri memohon kepada Allah supaya tidak mencelanya pada perkara yang tidak dimiliki olehnya dan tidak termampu baginya untuk melakukan.

Hal sebegini disedari dengan baik oleh para sahabat. Dalam suatu kisah yang melibatkan Sayyidina Umar sendiri diceritakan bahawa telah datang kepadanya seorang lelaki dan berkata: “Wahai Amir Mukminin, sesungguhnya aku telah melihat seorang perempuan lalu aku jatuh cinta kepadanya”. Lalu Sayyidina Umar Bin Khattab berkata: “Itu adalah perkara yang tidak mampu dikawal”. Rujuk Al-Jawab Al-Kafi oleh Ibnul Qayyim, m/s 164, cetakan Darul Kutubil Ilmiyyah.

Hal ini berlaku kerana sememangnya manusia itu akan mudah jatuh cinta kepada sesiapa yang berkongsi keserasian dengannya, bak sabda Nabi dalam sebuah hadith:


الأرواح جنود مجندة فما تعارف منها ائتلف وما تناكر منها اختلف
أخرجه البخارى (3/1213، رقم 3158).ـ

Maksudnya: (Roh-roh itu adalah ibarat tentera yang saling berpasangan, mana-mana roh yang secocok maka roh-roh itu akan bersatu, mana-mana roh yang tak secocok maka roh-roh itu akan berselisih). Dikeluarkan oleh Imam Bukhari (3/1213, no 3158).


Bersambung...


Oleh:
Ahmad Fathi Muhammad
Ahad, 9 Rabi'ul Awal 1432 bersamaan 12 Februari 2011
Marrakech, Maghribi.
Emel: fathifawwaz@yahoo.com
ARTIKEL NI ADALAH HASIL COPY PASTE DARI PMMM

Rabu, 22 Jun 2011

couple itu HARAM...!!!

kalau dilihat pada tajuk kan...saya yakin ramai yang tak bersetuju kan..???
tapi itulah kenyataannya..walau sekeras mane kita menentangnye...itulah fakta yang harus diterima...sebagai seorang muslim, kita seharusnya mengikuti segala syariat islam dan meninggalkan larangan2 ALLAH...ketahuilah..kiamat semakin dekat...sesungguhnya, couple itu sebenarnya adalah satu perbuatan yang menghampiri kepada zina..zina hati, zina pandangan, zina mulut...itu belom lagi bagi mereka yang sering keluar berdua-duaan, berpegangan tangan, bertepuk tampar..NAUZUBILLAH...dalam hati saya berdoa semoga saya bukanlah daripada kalangan mereka..semoga kita semua diperkuatkan iman agar tabah menghadapi segala cubaan ALLAH...

menyingkap balik rahsia hati...saya akui saya pun pernah berkapel dulu..
sewaktu di matriks..
tp bila satu hari tu saya dengar ceramah daripada seorang ustaz..hati sy jadi tersentuh..dan sy serba salah..ditelan mati emak..diluah mati bapak..
si lelaki adalah cinta pertama saya...kata orang cinta pertama tu paling susah nak dilupakan berbanding cinta kedua, ketiga dsb...tapi saya tak taw la pulak sbb tak pernah lagi alami cinta selepas cinta pertama tu..hehe..
dan sy harap,,..cinta kedua saya nanti adalah cinta saya bersama yang halal bagi sy...kalo boleh..saya harap agar tak ada lagi cinta yang lain buat saya setakat ini sehinggalah tiba jodoh sy..sesungguhnya..cinta kepada ALLAH adalah cinta yang paling agung..
kalo kita cintakan ALLAH...mengapa tidak dibuktikan..
selalu kita dengar org2 yang sedang masyuk bercinta berjanji, bersumpah setia...lautan api sanggup ku redah untuk buktikan betapa aku cinta padamu..mengapa tidak kita ungkapkan kalimah tersebut untuk yang maha ESA..???hubungan sy dgn si dia brjalan seperti biasa...tak berjumpa pun..kalau pun brjumpa, kami akan bawak sahabat untuk temankan kami...tapi satu hari tu, selepas saya balik dari masjid sesudah solat isya'..,,sy masuk ke dalam bilik..dan dengar la kawan sy bercerita..dan sy merasa sangat tersentuh..seolah-olah itu ditujukan pada sya..kata orang, siapa makan cili, dialah yg terasa pedas..dan sy tak pernah marah pada kawan sy tu..malah, sy bersyukur sgt kerana diberikan kesedaran tentang itu...terima kasih mira...

"kalau kita memelihara seekor khinzir sejak ia kecil..kita pelihara, kita beri ia makan..dan kita mandikan ia..ia tetap jugak haram di sisi ISLAM...samalah juga seperti bercinta..walau kita menjaga adab dan jarak sekalipun..ia tetap HARAM di sisi islam.."
begitulah cerita mira..dan sy sungguh merasa insaf saat tu...habis macam mana ni??takkan sy nk putuskan hubungan sy dgn si dia???di hati merasa sungguh berat..lalu sy mohon petunjuk ALLAH...
Alhamdulillah..beberapa bulan selepas itu, sy sgt bersedia..antara sy dengan si dia..InsyaALLAH..da xde apa2...tapi dalam hati sy sentiasa berdoa..demi dunia dan akhiratku..sekiranya dia yang terbaik buat sy..semoga ALLAH permudahkanlah jalan hidup kami..kepada DIA lah kami bersujud..dan kepada DIA lah kami menyerah diri...

Jumaat, 17 Jun 2011

bangkitlah dikau

emansipasi mengajar wanita erti kebebasan,
hak-hak yang tidak pernah wujud mula dituntut
sehingga ada di antara kamu mula memberontak
dan
apabila itu terjadi pada dirimu...
kau juga ingin menjadi seperti mereka

seringkali kesabaran itu diuji
sehinggakan satu hari nanti
kau akan menangis semahumu
bersujudlah...
berdoalah...
dan
letakkanlah keikhlasan itu ke tempat yang paling tinggi
dalam hatimu

sesungguhnya
ALLAH tidak akan menguji hambanya
melebihi kemampuan mereka
dan apabila itu terjadi
itu ertinya kau kuat mengharungi cubaan itu
sebagai bukti cinta ALLAH kepadamu
juga sebagai bentuk penghapusan dosa...
wallahualam

Khamis, 9 Jun 2011

wahai manusia beringat-ingatlah...

iLuvislam.com Discover the Beauty of Islam

Rabu, 8 Jun 2011

petua mengurangkan rabun mata

LATIHAN 1 : Mata Melirik Ke Kiri Dan Ke Kanan
Latihan senam mata ini baik untuk membantu merangsang otot mata agar mata otot mata dapat dapat cekung dengan baik dan tidak kaku. Caranya adalah dengan :
1. Pandangan lurus ke depan.
2. Tangan kanan berada di sebelah kanan badan sejajar leher.
3. Jari telunjuk mengacung ke atas.
4. Lihat jari anda dengan fokus dengan cara menoleh ke kanan.
5. Palingkan wajah anda ke kiri perlahan tanpa kehilangan pandangan fokus anda ke jari tadi.
6. Tahan pandangan ketika merasa mata sudah maksimal.
7. Ketika sudah lelah bebaskan mata anda dengan melihat yang jauh.
Tips :
- Lakukan ke arah yang berbeda seperti ke kiri, bawa, atas, kanan atas, kanan bawah, kiri atas, kiri bawah, dan lain sebagainya.
- Kemungkinan dapat menimbulkan rasa pusing dan mual. Itu tandanya mata anda butuh latihan ini.
- Jika mata sudah lelah istirahatkan dengan melihat yang jauh atau memejamkan mata sambil tiduran.
- Senam ini mungkin dapat mengobati rabun jauh dan rabun dekat serta penyakit cacat mata lainnya.
- Jika kesulitan fokus anda dapat mencoba dengan bantuan kacamata anda.
- Sebaiknya jangan terlalu lama, sekitar 10 sampai 30 detik saja tiap lirikan.
- Setelah latihan mata mungkin mata anda jadi agak tidak nyaman untuk melihat benda-benda yang dekat jaraknya.
- Latihan ini sebaiknya sering dilakukan di tempat yang terbuka yang banyak pohon jauh dan dekat tapi tidak ditempat umum yang banyak orang atau di tempat kerja yang butuh konsentrasi.
- Semoga mines / ples anda berkurang. Kalau sudah merasa berkurang ganti kacamata anda agar tidak memakai kacamata yang sekarang yang dapat mengembalikan cacat mata anda ke sediakala.
LATIHAN 2 : Fokus Pandangan Mata Jauh Dekat
Latihan berikut ini dapat membantu otot mata anda agar bergerak ke fokus jauh dan fokus dekat. Namun latihan ini mungkin dapat membuat mata anda agak buram kembali setelah melakukan latihan 1 di atas. Mingkin ada baiknya melalukan latihan 2 dulu baru yang 1, atau hanya melakukan latihan 1 saja bagi yang bermasalah rabun jauh.
1. Pandangan lurus ke depan.
2. Tangan kanan berada di depan badan sejajar leher.
3. Jari telunjuk mengacung ke atas.
4. Lihat jari anda dengan fokus.
5. Gerakkan jari maju mundur pelan-pelan dan mata tetap fokus mengikuti gerakan jari.
6. Setelah beberapa kali maju mundur lepaskan mata dengan melihat benda-benda jauh.
Tips :
- Tips ini mungkin akan lebih terlihat hasilnya pada orang yang matanya mines rendah.
- Bagi yang mines tinggi sebaiknya jangan dipaksakan karena belum tentu membawa hasil.
- Kemungkinan latihan ini bisa menimbulkan rasa pusing dan mual.
- Jika mata sudah lelah istirahatkan dengan melihat yang jauh atau merem sambil tiduran.
- Senam ini mungkin dapat meneymbuhkan rabun jauh dan rabun dekat serta penyakit cacat mata lainnya.
- Jika kesulitan fokus anda dapat mencoba dengan bantuan kacamata anda.
- Latihan ini sebaiknya sering dilakukan di tempat yang terbuka yang banyak pepohonan tapi tidak ditempat umum yang banyak orang atau di tempat kerja yang butuh konsentrasi.
- Segera hubungi dokter spesialis mata jika mengalami gangguan.
Penutup :
Semoga lekas sembuh dengan masalah mata anda. Hindari Obat / Pengobatan mata yang tidak memiliki izin resmi dari badan pengawasan obat dan makanan serta tidak direkomendasi oleh dokter. Kalau dengan metode pijat refleksi boleh-boleh saja. Jika setelah latihan senam mata ini bertambah parah segera hentikan dan hubungi dokter kesayangan anda.

SELAMAT MENCUBA...=)

Selasa, 7 Jun 2011

manusia banyak ragamnya....

alhamdulillah...baru je selesai berkhidmat sebagai ajko... sepanjang menjadi ajko untuk kolej matrikulasi perak, banyak pengalaman yang saya timba...bukan setakat dapat belajar cara pengurusan, banyak lagi yang dah saya belajar...belajar berkomunikasi, belajar bersosial dan belajar ragam manusia...
barulah saya sedar..manusia banyak ragam sebenarnya...
dan saya banyak pelajari ragam manusia ni bila saya kendalikan mppb untuk kemasukan kedua ni...
dari situ saya belajar untuk kawal kemarahan saya...alhamdulillah...setidak-tidaknya saya dapat manfaatkan cuti saya sementara menunggu tawaran ke universiti pulak...
bercerita tentang universiti pulak...sebenarnya saya agak takut jugak...dapatkah saya course yang saya impikan selama ini...saya yakin dengan ketentuan ALLAH...kalau itulah yang terbaik..demi dunia dan akhirat, mudah-mudahan ALLAH permudahkan dan lancarkan segala-galanya...kita dah berusaha...dan akhir kepada usaha itu adalah doa dan tawakal...semoga kita tabah menghadapi ujianNYA...setiap saat kita sentiasa diuji...sama ada sedar atau tidak, setiap kali ujian datang melanda...kita akan selalu sebut.."sabarlah...itu ujian ALLAH..." dan biasanya kita hanya akan sebut kalimat tu setiap kali kita dilanda kesedihan...apa kata kalau selepas ni, apabila kita bergembira...kita sebutkan ,".bersyukurlah...kerana kita diuji.."
kita kena ingat...ujian yang ALLAH turunkan bukanlah dalam bentuk kesedihan semata-mata..tapi juga dalam bentuk kegembiraan...ALLAH ingin melihat sejauh mana kita bersyukur dengan nikmat ALLAH tu...jangan pernah berasa tak cukup dengan nikmat ALLAH....kerana itulah yang ditakdirkan yang terbaik untuk kita...
berusahalah untuk perbaiki diri...semoga kita semua sentiasa diberkati oleh ALLAH....amiin...

dan apabila saya melihat kesungguhan ibu bapa menghantar anak-anak mereka...timbul seribu satu keinsafan dalam diri ini...betapa mereka inginkan yang terbaik untuk kita...cubalah kita bersyukur dan hargai setiap pengorbanan mereka...ingatlah...TIADA KEREDHAAN ALLH TANPA KEREDHAAN IBU BAPA....
Saya sangat terharu melihat kesungguhan orang tua sepupu saya yang baru sahaja mengikuti kursus plkn di negeri sembilan terus mendaftar ke kolej matrikulasi tangkak...seawal 3 pagi pak ngah bertolak dari pasir gudang terus ke rembau dan terus ke tangkak untuk mendaftarkan anaknya....betapa sanggup seorang ayah bersengkang mata semata-mata ingin melihat anaknya belajar...tolonglah hargai pengorbanan mereka...