minda pertama

Ahad, 4 September 2011

akhirnye...dpt jugak beli...

ALHAMDULILLAH....MAHA SUCI ALLAH.....

alkisah.....pada satu hari tu,,(semalam)
akhirnya, cita2 yang saya tanamkan dalam hati ni dapat jugak saya penuhi....
sy rase bersyukur sangat...
ye la...bende ni dah lame simpan dalam angan2...tp susah benor nk jadi kenyataan...
mungkin kerana belum dibukakan pintu hati...

secara seriusnye,,setelah bersahabat dgn beberapa orang hamba ALLAH ni,,
bru sy rasa yg sy ni sebelumnya terlalu jauh menyimpang...
ALHAMDULILLAH...kerana dipertemukan dgn insan2 baik yg bernama

1)MURNI BT HAMZAH
2)NURUL SYUHADA' BINTI MOHD ZAINI
3)NORAZMIERA BINTI WAN MAT
4)MUHAMMAD AIMAN BIN ROSLI
5)MUHAMMAD SHALHADI BIN SAHARUDDIN
6)LUQMAN HAKIM BIN AHMAD ZAINI

benruntung kerana bersahabat dgn diorang ni...dari situ kte dapat menilai diri kte semula...mungkin ALLAH ingin beri peringatan pada saya...
semoga taubatku diterima....
sebelum ni,,mmg la saya dah khatam al-quran beberapa kali...
cuma baru kali ni saya rase sy btol2 ingin mendalami al-quran...
alhamdulillah...puasa yang lepas sy berjaya khatam al-quran...
dan sekarang ni, sy terarah untuk memahami isi kandungan kitab suci ALLAH...
maha suci ALLAH....
sebelum ni sy punye la kedekot nk beli tafsir quran....
tp akhirnye, semalam.....
berbekalkan duit raya yang sy da...(hehe)...sy pon pegi la kat kedai...
beli tafsir quran...
tak mahal sangat pon...cume rm35 je...
ye la...bagi orang yg tak bekerja mcm sy ni, mmg la agak mahal...
sbb tu sebelum ni sy agak teragak2 nak beli...kononnye sayang duit...
tp apalah sangat 35 ringgit tu kalo nak dibandingkan dengan ilmu yang akan membantu sy di akhirat nanti kan...
so bagi mereka yang masih belom beli lagi,,ape kate korang p beli...
moh la kite same2 mndidik jiwa....
dan cuba sedaya upaya memahami dan menghafaz surah2 dalam al-quran tu...
insyaALLAH akn ad ganjarannye buat kite...janji ALLAH itu adalah sesuatu yang pasti..
dan yakinlah dengan rukun iman kita bahawa hari kiamat itu ad....

Khamis, 18 Ogos 2011

kisah seorang hamba ALLAH....


‎19 Ramadhan!

kisah seorang pemuda yang cuba melarikan diri dari malaikat maut

Kisah ini berlaku semasa zaman Nabi Sulaiman a.s. Pada suatu hari, Nabi Sulaiman bin Daud a.s mengadakan sebuah majlis keramaian dan menjemput semua rakyat baginda untuk menghadiri majlis itu. Ketika majlis itu sedang berlangsung, terdapat seorang pemuda yang sedang mengambil makanan.
...
Tiba-tiba dia terperasan yang seseorang yang tidak dikenali sedang merenungnya dengan pandangan yang begitu tajam sekali. Pemuda itu menjadi begitu risau dan hilang selera makannya. Ketika hendak pulang ke rumah, pemuda tersebut disapa oleh tuan rumah; iaitu Nabi Sulaiman a.s. Lalu dia pun menceritakan kisahnya bertemu dengan seseorang yang memandang tajam terhadapnya. Lalu Nabi Sulaiman dengan tenang mengatakan bahawa itu adalah malaikat Izrail. Pemuda itu dapat merasakan bahawasanya Malaikat Maut telah datang untuk mencabut nyawanya.

Lalu dia meminta Nabi Sulaiman agar menghantarnya ke sebuah pulau yang jauh lagi tidak berpenghuni dan tidak diketahui oleh seorang pun, dengan harapan Malaikat Maut tidak dapat mencarinya. Maka Nabi Sulaiman dengan kemampuannya telah mengarahkan angin untuk menghantar pemuda tersebut ke pulau yang diminta.

Apabila sampai di pulau tersebut, pemuda itu begitu gembira kerana telah berjaya lari daripada maut. Tetapi, ketika mana dia menoleh ke belakang, dia terkejut besar apabila mendapati Malaikat Maut telah tercegat di belakangnya!

Dengan perasaan berputus asa, dia bertanya kepada Malaikat Izrail mengapakah dia merenungnya tajam ketika dalam majlis Nabi Sulaiman.

Maka Malaikat Izrail menjawab, sebelum dia berjumpa dengan pemuda itu di dalam majlis tersebut, Malaikat Izrail telah mendapat perintah daripada Allah azza wa jalla untuk mencabut nyawa pemuda itu di sebuah pulau yang jauh dan tidak berpenghuni, iaitu di pulau yang sedang mereka berdiri ketika itu. Apabila dia bertemu dengannya dalam majlis tersebut, Malaikat Izrail menjadi begitu hairan kerana pemuda itu berada di majlis tersebut sedangkan dia ( Izrail) dititahkan untuk mencabut nyawanya di sebuah tempat yang begitu jauh daripada tempat majlis itu berlangsung dalam masa beberapa minit lagi. Malaikat Izrail tertanya-tanya bagaimana mungkin pemuda itu dapat pergi ke tempat yang begitu jauh dalam masa yang cukup singkat. Namun, apabila Malaikat Izrail sampai di pulau di mana dia perlu mencabut nyawa pemuda itu, didapati pemuda tersebut telah berada di pulau itu. Maka mudahlah kerjanya. Barulah pemuda iu sedar bahawasanya Allah s. w. t. itu Maha Berkuasa dan maut itu akan merenggut kita di mana jua kita berada.

MAKA ,WAHAI HAMBA-HAMBA ALLAH YANG SEDANG LEKA DIBUAI KESERONOKKAN DUNIA!

KETAHUILAH, MAUT ITU TERLALU DEKAT DENGAN KITA.

BERSEDIALAH MENGHADAPINYA. SETIAP SAAT YANG LALU MENGHAMPIRKAN KITA DENGAN MAUT.

MUNGKIN MAUT AKAN MENJEMPUT KAMU DALAM SATU MINIT LAGI, ATAU BEBERAPA SAAT LAGI..!

WALLAHU TA'ALA 'ALAM!
See More

Ahad, 14 Ogos 2011

apabila kita melihat kemungkaran...

hmmm....hari ni sy g wat medical check up untuk kemasukan u bulan septmber ni...sy ingatkan kne tunggu lame...nseb bek la skjap je...bukan buat kat hspital...tp kat klinik kesihatan jek..hakhakahka....kali pertama jejakkan kaki kat klinik tu, mmm...mcm bes je tmpat ni..hehe..orang tak bpe ramai..n servis pon first klas...rse teruja tgk cara diorang bekerja...trutama mse nak buat x ray..pnye la saba kakak tu nk x ray sy..smpai dua kali kot..hakhakhak...saba ye kak,,bulan pose nih..hehe...

so, alkisahnye..slpas abis buat urine test ngn x ray pelbagai bende tu, sy pon balik la rumah...tp kne datang balik kat klinik tu esoknye...
nak dijadikan cerita, mse nak tunggu giliran nak jmpe doktor berkelulusan university of shieffield, uk yang namenye dr aida tu, tbe2 la pulak mata sy ni dok tertengok kat sepasang makhluk ALLAH ni...dijadikan dengan wajah yang cantik jelita..macho semachonye (konon la)...dgn tak taw malunye, g berpelukan di depan khalayak...tak kisah la di depan khalayak ke ataupun kat tmpat yg tersembunyi...tp itu tetap satu dosa...ish3..naudzubillah....btol la org cakap kan...walau seburuk mne pon perangai si anak, kepada ibu bapa la hinaan itu dituju..perlu diingatkan ye, perempuan yang ke neraka akan mengheret sekali 2 orang lelaki ke neraka iaitu
1)ayah kandung
2)adik beradik lelaki
3)suami
4)anak lelaki kandung
jadi, sudah menjadi kewajipan si parentes la untuk melentur peribadi anak2...bukan tu je, tak adil kalo kita hanya salahkan parents, si anak jugak sepatutnye tahu menjaga adab dan kelakuan diri...da masuk umur akil baligh..mknenya da bole pikir sndiri da...ish3...mintak la supaya kemaksiatan ini tidak mempengaruhi fikiran sy dan pembaca lainnya...semoga semua ini jadi teladan untuk kita...ingatlah mati...

Rabu, 10 Ogos 2011

ALASAN WANITA APABILA DITANYA SOAL AURAT...

Pernah nasihat dan tegur kawan-kawan wanita anda yang tidak menutup aurat? Jom kita tengok apakah alasan yang selalu digunakan wanita yang enggan menutup aurat apabila ditegur kesalahan mereka itu. Dan apa jawapan yang mungkin sesuai untuk mereka:-

1. Semua yang tutup aurat, kompom masuk syurga ke?
-Yang pasti, tak tutup aurat, kompom masuk neraka.

2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang.
-Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. "Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia". Samalah dengan tudung. Tudung pula yang disalahkan, " pakai tudung tak mestinya baik..bla...bla...bla..."

3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat nak mampos.
-Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagi kau Islam, dakwah tu wajib walaupun kau sendiri tak berapa betul. Sekurang-kurang dia insaf dan bertaubat sekarang.

4. Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik.
-Adakah kau mendakwa diri kau mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri kau tanpa perlu menutup aurat?

5. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok.
-Adakah kau berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak?

6. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.
-Seksi atau tidak, kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut kau.

7. Walau kami tak bertudung, kami tetap sembahyang dan puasa.
-Apakah ibadat kau diterima? Kau yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin kau masuk syurga?

8. Sukahati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.
-Kau sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama kau disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik kau.

9. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan Tuhan.
-Berani cakap di dunia, berani ke kau cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya.

10. Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis)
-Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan Allah?

11. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.
-Mati tidak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia muda? Tak sempat nak bertaubat nanti.

12. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la..
-Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jangan ambil lagi nyawa aku.

13. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.
-Kalau begitu kau sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama Islam.

Gambar Hiasan....

ARTIKEL NI SY SHARE DARI FB YE...hehe...
smoge kte dpt ambil iktibar k...
memang la berat untuk melakukan perubahan tu...
tp, secara realitinyer,,tak tertanggung berat azabnya di akhirat nanti...so,,renung2kan la ye...peringatan untuk diri sndiri jugak...=)

Sabtu, 6 Ogos 2011

salam 7 ramadhan...=)

assalamualaikum....
mmm...skjap je dirasakan,,kita dah pun menjengah hari yang ke 7 dalam bulan yang mulia ni...
rse mcm bru semalam je seluruh umat islam menyambut bulan puasa...
semoga kita semua dapat menjalani ibadah puasa ni dengan penuh kesabaran...
bg yg merasakan ibadah puasa ini satu ketrpaksaan, mesti diorang rse 6 ramadhan tu satu tempoh yang panjang kan....???
kalo nak tahu...bnyk btol hikmah yang tersembunyi di sebalik bulan ramadhan yang mulia ni taw...
antaranya:-


1)sepanjang berpuasa, kita semua ditegah daripada makan dan minum kan???
bukan ke itu bagus bg kita...perut kita dah bekerja sepanjang sebelas bulan...so sistem penghadaman kita pun perlu berehat jugak...bertimbang rase la sikit pada tubuh badan kita nni...
bagi mereka yang mmpunyai berat badan yang menjangkaui berat badan yang ideal, haa....ni lah masenye untuk kita turunkan berat badan kita tu...memiliki berat badan yang berlebihan, bukanlah satu perkara yang membanggakan...kan kita tahu bahawa perut adalah punca segala jenis penyakit berbahaya...
so, ibadah puasa ni sebenarnye dapat membantu kita untuk mengawal nafsu kita daripada makan tanpa henti...sbb tu la kita dikehendaki berpuasa selama sebulan berturut-turut...mksudnye, biar kita terbiasa dgn tabiat mengurangkan makan...so nanti bile dah abis ramadhan, kita dah biasa dengan tabiat makan yang sebelum ni...hehe
2) bagi sang perokok pulak,,,terutama perokok tegar...haa,,,mse ni la...cbe la try jgn ingat langsung kat rokok tu...sepanjang berpuasa, anda akan menahan daripada merokok kan...ape salahnye semasa berbuka tu anda truskan berpuasa dripada merokok...???kan ke bagus..duit pun bole jimat sikit wat beli susu anak2...=)

3)bukan tu je...kita pun ditegah daripada berbicara perkara2 yg tak mndatangkan manfaat...ade lagi,,,dengar perkara tak elok pun perlu dielakkan...so biler kte dgr org dok mngumpat, cepat2 la kita lari daripada mereka ye...hehe...perlu diingatkan...!!! mengumpat ni mknenye menceritakan keburukan orang kepada orang yang lain yang apabila didengar oleh orang yang sedang kita umpat tu boleh mnimbulkan kemarahan dia...so xde istilah "bukan mengumpat la...just cerita je"...adoi...tolongla....lain benor mksudnye mngumpat ngn bercerita tu...ish3...nampak benor la lemahnye bahasa melayu kita kan...haha...so, hikmah apabila dilarang mngumpat waktu bulan pose ni,,kte akan memelihara keakraban kite sesama kita kan...takde org mngumpat,,takde yang kene diumpat,,,dan takde yang mndengar umpatan...so kebajikan semua orang terpelihara...takde rse bnci dan dendam di hati...sbnarnye bukan bulan pose je yang kite sume ni dilaranag mengumpat...tp jugak untuk bulan2 yang lainnye...harap2 berkekalan la dalam diri kite...

4)antara hikmahnye lagi..haaa...ni la waktunye kite nak lebih mndekatkan diri kita kepada ALLAH...mcm yg kite tahu la ka...waktu siang adalah waktu kte bekerja...malam pulak kte mnumpukan waktu kte lebih kepada ibadah...sbg contoh,,menunaikan solat sunat tarawih...boleh dilakukan secara bersendirian..tp rsenye,,kan ke lagi bgus kalo kte buat secara berjemaah...selaian dapat pahala yang berlipat kali ganda, kite pon dapat eratkan hubungan silaturrahim sesama muslim...haaa...mse ni la kte dapat brkenalan dan bertaulan ngn diorang...
taw2 la kan..org zaman sekarang ni kan BZ...//mklumlah..sumenye da bekerjaya...tnggal ciput je yang yg tak bekerja...so bile kte brkumpul di masjid atau di surau,,kan bgus tu...bukan susah mne pon...cme antara nak atau tak nak je kan...

5)mse bulan pose ni la kte nak bayar zakat fitrah kan...so ingat2 la ye..bg yg belom bayar tu...segerakan la...sucikan la harta kte tu ye...=)

byk lagi sbnarnye...tp stakat itulah yg dapat sy kongsikan kat sini...sekadar renungan untuk kte semua...jom la kite tambahkan pahala daripada amalan2 fardhu di samping amalan sunat kte ye...smoge kte beroleh keredhaan ALLAH...amiiin...

AURAT SEORANG MUSLIMAH

ermm...mgkin ade di antara kita yang tak tahu...atau mungkin ad yang tahu tp buat2 tak tahu...
atau mngkin ad yg baru tahu dan ingin melakukan anjakan...ad jugak yg baru tahu tp msih tetap dgn stail yg same...mcm mne tu ek???
hakikatnye,,sebagai seorang muslim, kite perlu saling ingat mengingat..tegur ap yg salah,,...perbetulkan mne2 yang silap...tegur dgn segala kemampuan yang kita ada..

tahukah anda???seorang muslimat disuruh oleh ALLAH supaya memakai pakaian yang tidak ketat, tidak jarang...tu sy pasti ramai antara kita yang tahu...yg mgkin ramai yg belom tahu,,,kita sebagai seorang muslimat ni kene memakai pakaian yang labuh..taw tak??? islam mewajibkan umatnye yang perempuan supaya memakai pakaian yang menutup aurat...hanya muka dan pergelangan tangan yang dibenarkan...
dah menjadi trend zaman sekarang ni kan...diorang pakai baju cukup cantik da...labuh....tp tang kaki pulak yang tak bertutup...perlu kita ketahui ye,,tapak kaki itu juga adalah aurat bg muslimah...
ade pulak yang pakai tudung ikut fesyen terkini...tak salah...tp tgk la mcm mne kesan pnampilan kita tu dgn ap yang disarankan oleh islam...adakah kita melabuhkan tudung kita sehingga menutup dada???cuba tgk tudung yang kita pakai sekarang....cukup labuhkah smpai menutup dada kita???ad pulak yang pakai tudung,,,labuh.,,,tp jarang la pulak...adoiii...

SUSAH BETOL NAK JADI PEREMPUAN NIH...!!!

itu cakap yang salah...sbnarnye...tak susah pun perintah ALLAH tu...ini semua untuk mnjaga maruah kita...
yang buat perintah ALLAH ni jd susah adalah apabila kita tertarik dgn fesyen2 terbaru yg di bawa dari negara luar yg kebanyakannya menayangkan aurat2 yang tak sepatutnye ditunjukkan...kita perlu ingat...hidup di dunia ni hanya sementara je...takde istilah "so, kita enjoy" ye...ingat...itu semua propa semata-mata untuk menggelapkan mata kita...takutkanlah azab ALLAH...selagi kita berpeluang memohan taubat, bertaubatlah kita....

perlu juga kita ketahui...bukan je pakaian yang tidak ketat dan tidak jarang yg diwajibkan...tp kita juga WAJIB memakai pakaian yang TIDAK terlalu terang sbb ini dapat menarik perhatian lelaki...kat sini pun kita dah boleh bayangkan kan...cbe kita bayangkan ye...di suatu tmpat di mana kita sedang fokus pada pekerjaan yang kita lakukan...tiba2 kita didatangi seorang permpuan yang berpakaian cerah..terang benderang...sekali tgk...tak puas..msti kita akn tgk lagi sekali...
hmmm...kite yg prmpuan boleh tgk byk kali..apakan lagi lelaki...lebih malang lagi kalau si pemakai sampai menimbulkan ghairah si lelaki yg memandang...tak pasal2 kan....

habis tu...kalau kita pakai pakaian yg terlalu labuh dan besar...orang akan nmpak kita sebagai seorang yg gemuk...

haa...itulah dy...kebanyakn perempuan sgt menitik beratkan soal berat badan kan...bila naik sikit berat tu, mulalah susah hati..btol tak???hehe,,,..sbnrnye kalo nak tahu, kebayankan perempuan ni memakai pakaian ketat sbb diorang nk tunjukkan bentuk badan diorang yg ramping mcm kerengga tu...
yang menghairankan,,bagi mereka yang berbadan gempal tu kan...ape pulak la tujuan diorang tu memakai pakaian yang ketat ek??smpai menggelebeh lemak dy...
anda sebenarnye menyeksa badan anda dgn pakaian yang ketat tu..taw tak???sistem peredaran darah tak dapat berjalan dgn lancar....
tak susah sebenarnye...tak perluah kita berbangga dgn badan kita yang kurus kering tu kalo pada akhirnye nanti akan memeritkan diri sndiri..kepuasan menayangkan tubuh badan tu hanyalah bersifat sementara je...ingatlah...AZAB ALLAH SEDANG MENANTI BAGI MEREKA YANG INGKAR AKAN PERINTAHNYA....
kalaupun kita nmpak lebih besar bila memakai pakaian yang besar..biarkan lah...ini semua demi mnjaga diri kita jugak...ssb tu lah muslimah dibenarkan memperlihatkan sehingga ke telapak tangan sahaja....sebab kat situ pun kita dah boleh tahu orang tu kurus atau tidak...bg yang berbadan besar,,,nmpak la sikit kulit tangan dy tu tebal...sume tu da cukup...tak perlulah kita berpakaian ketat2...mcm badut la pulak..


perlu diingatkan...aurat kita hanya layak dipertontonkan kepada yang halal bg kita...jgn la kita ni bermurah hati sangat...selamat menutp aurat....peringatan untuk diri sendiri....semoga ramadhan ini kita dapat lebih mendekatkan diri kita kepada ALLAH smbil kita muhasabah balik diri kita.,,...di mana silap kita selama ini...wallahualam...

Sabtu, 30 Julai 2011

ahlan wasahlan ya ramadhan...

telah datang kepadamu bulan ramadhan, bulan yang diberkati...
ALLAH mewajibkan kamu puasa di dalamnya...
pada bulan ini, pintu-pintu syurga dibuka dan pintu-pintu neraka ditutup...
dan para syaitan diikat...
juga terdapat pada bulan ini malam yang lebih baik daripada seribu bulan,...
barangsiapa yang tidak memperoleh kebaikannya,, maka ia tidak beroleh apa-apa..

HR Ahmad dan Nasa'i



as ramadhan al mubarak is approaching us,, we must be well prepared so that we can gain maximum benefit from it...
fasting is not only we have to control our desire towards foods or what so ever...but, we also must put our habitual action towards solat as our first priority...detaining from speaking unnecessary things as well as seeing those unlawful things...

hmmm...lantak la ek..harap2 korang faham la bahase ap yg sy dok merapu tu kan...hehehe...
udah sedar diri ni lemah bi, so i jump into writing as my practice...
people do said, practice makes perfect...so i'm going towards perfection...hehehe...
mohon tunjuk ajar kalo ade kesalahn tatabahasa yek...=p

so, recently i read about the CNN news..poor somalian...
starving is a part of their life now...
true, we must impact our world...!!!
what will happen to our world if everyone of us cared????
a peaceful country for sure right???
renung-renungkan dan selamat beramal...hehe...
peringatan untuk diri sendiri...=)
salam ramadhan al mubarak...
semoga kita semua beroleh berkat daripada bulan yang mulia ini...
tingkatkan amalan dan takwa kepada ALLAH...



Jumaat, 29 Julai 2011

buat diriku yang bersedih...

rse2nye ape la yang sy nak celotehkan malam2 ni kan...hmmm...
sumenyer pasal hati la...
bukan nak ckp pasal jatuh hati or jatuh cinta or wat so ever...
tp ni pasal hati yg tersentuh...

sedih hati bukan kepalang...
kita ni sebenarye trlalu leka dengan kurniaan ALLAH....
maka diberi sedikit ujian...
menguji tahap keimanan di jiwa...
lirik kumpulan nasyid nice tuh...lagu sesekali diuji...

kebelakangan ni,,muke sy mmg kelat sejuta la...susah nak hahahuhuhu....
mungkin susah hati sb lpas ni nak pergi jauh..
mungkin jugak bersedih sbb cita2 n impian yg ditanam selama ni tak tercapai...
biler td sy contact kwn sy.,,sy jadi segan sendiri...
kwn2 sy sume dpt...sy je yg tak...
bukan ingin menidakkan takdir...
tp sekadar ingin berkongsi rse...

setiap orang tak boleh lari drpd kesedihan kan...
yang membezakan kita adalah bagaimana caranya untuk kita mengatasi kesedihan tu...
ad yang menangis,,,ad yang murung,,tak kurang jugak yang membunuh diri...
ap yang penting skrg ni adalah bagaimana caranya kita nak mengatasi kesedihan tu...
cara yang terbaik adalah...
dengan mendekatkan diri dengan ALLAH...
ingatlah...
bila kita sedang bersedih...sbnrnye ade org yg lg bersedih...
bila kte bergembira,,knape kte tak prnah nak ingat org yg bersedih???
knape setelah dicabut nikmat trsebot bru kita hndak menyesal...???
tp ingatlah...
pintu taubat msih terbuka...
selagi msih ad ruang dan peluang...
istighfar la kita ye...
peringatan untuk diri sy sndiri...
penyesalan itu penting kerana dengan penyesalan itu,,kita akn lbih brhati2...
dan kerana penyesalan itu akan sentiasa mengingatkan kita supaya tidak mengulangi kesilapan yang serupa..
kemudian...
bersabar la kita ye..
alangkah indahnya sabar itu...
ingat!!!
tak semua org mampu bersabar...
dan bila kte bersabar,,sbnrnye,,kte dah brjaya menewaskan syaitan....

cita2 sy sejak kcik adalah untuk mnjadi doktor...
dan bila je lpas spm...
ALHAMDULILLAH....rsult sy memuaskan..
tp mgkin kerana msih blom ad rezeki,,so sy tak dpt nk lanjutkan pelajaran sy d ipta..
ntah,,mungkin salah isi borang upu kot..huhu..
tp sy tak putus asa..
sy truskan kat matriks lak...
mungkin kerana berada dalam zon yang selesa,,,
maka sy lupa diri...
mula babitkan diri dalam dunia kapel...
sbb mse kat skolah dulu tak prnah berkapel...
so,,,ingin merasa....
mmg salah sndiri...,,,,
dan saat ingin bertaubat....
ingatlah....!!!
kita mungkin diuji....
ad sje dugaan yg mendatangi kita...
bersabarla wahai sahabat...
ALLAH takkan menguji hambaNYA melebihi kemampuan mereka...
dan saat kita diuji...
itu bererti kita kuat menghadapi...
bermunajat la pada ALLAH..

p/s:sekadar ingatan untuk diri sendiri...penyesalan itu penting...selepas ini sy akan sentiasa ingat..
jgn la kte leka ye....smoga kite semua beroleh keberkatan hidup...amiin...

buat sahabat h2t11: murni hamzah, aaqillah amr mohd amran, nurul azirah abdul rahman, nor haiqal asraff awaluddin, nur aisyah sobri, nor haslinda latakah, mardhyyah azmi, asma husna abbas, nursyilla jannah, najwa shafiqa shahzalan, roziati sumardi, muhammad aiman rosli,...nurul syuhada' mohd zaini, nurul adilah yusop,nur shazlina, najah izzati suleman, nurul haleeda rahman, ain, nurul shakira, puteri suhaila, czar czamwahyudy, za'im mohd nor....
selamat maju jaya...semoga kite beroleh kejayaan dunia akhirat...buat yg trsayang,,,stay nice as u are...tengs for all the good n bad memories u had left for me...sy akan ingat semuanya...semoga awk bahgia disamping yg tersayang...=)....

i'll miss u all...


Rabu, 20 Julai 2011

kill da fish....

miss kill da fish...
yeahh..tu dye...i come up with a new name...hakhakhak...rilek dulu...sy bukan nk bunuh ikan lorh...tp nak study pasal ikan...


haa....comel kan...
hehe....sy redha ngan kos yg sy dapat tu...hmm...fakulti sains dan teknologi sumber..jurusan sains dan pengurusan akuatik...mmmm...so sy da mule la stdy sikit2 pasal bende ni...
apa yang akan sy blaja kat sarawak nanti adalah pasal kehidupan laut...pasal haiwan, tumbuh-tumbuhan, batu karang n mcm2 lagi la....nmpak mcm mnarik..hehe...
smoga sy bole survive la kat sane nanti ek....
yang bestnye,,,roomate sy pon dpt sarawak gak...bagus la...
tak la sy dok sorang2..cume skrg ni sy tgh nak carik partner ...sape la agknye ek???
huhu....




dalam dok sebok2 wat research ni kan...tibe-tibe lak sy dpt mcg dari roomate sy ni....
nak taw dy cakap ap??

"amr, t bler da kat sane kan, kalo org tanye kamu, kamu ckp la kamu da kawen ek,,..."

"hah????nape lak???"

"sbb kte ni merantau...kne sentiasa rendah diri...jgn sombong...kalo kte ckp kte da kawin,,,possibilities untuk dingorat tu kurang la kan..."

haha...lawak la dy tu...
tp bler dipikir balik kan...btol la jgk kan....sbnrnye,,,kat mne2 pun kte berada, kte kne sentiasa merendah diri...
jgn la rse diri tu bagus sgt...org tak suke...kan3???
maklumlah...sekarang ni du ia da giler...kawan pun bole makan kawan..inikan pulak org yg kte tak knal...
so, sy nak bg nasihat kat sume org termasuk diri sy sndiri, jaga2 la mulut anda ye..
ibarat pepatah "CAKAP SIANG PANDANG-PANDANG, CAKAP MALAM DENGAR-DENGAR"
hehe...same la jgk ertinye ngn BAHASA JIWA BANGSA...=)

Ahad, 17 Julai 2011

YA ALLAH...BANTU AKU LUPAKAN DY...


owh...baru la sy taw...rupenye macam ni la ek perasaan org yg putus cinta kan...
slame ni punye la sy dok kutuk org..kate mcm2...

alah...ape susah...putus je la...
ramai lagi orang kat dunia nih...adoi...watpe la nk ingat kat org yg da sakitkan ati kte...


haaa,,,,skrg ni biler da kne batang idung sndiri kan...bru la sy paham...sbnarnye sgt susah untuk kiter keluar drpd belenggu kesedihan...sbb kte da pnah ad mimpi untuk mncipta gembira dgn si dia...
bru kapel tak sampai 5 bulan...da nak separuh mati merindu,,,,...kalo org yg kapel smpai 7@8 taun tu sy tak taw la nk cakap mcm mne,,,...yg pasti kte semua pasti sedih kan...sbnrnye itu lah hikmatnye knape ALLAH melarang hambanya daripada bercinta..btol tak ap yg sy cakap?? kalo kte bercinta sebelum ad ikatan yg sah,,,kalo kte brgaduh,,,putus kasih,,merana jiwa...sbb kte takde ikatan yg btol mnjamin kebahagiaan kte...
tp kalo kte da kawin,,,kalo kte brgaduh,,,sedaya upaya kte akan cbe utk mnjernihkan keadaan..sbb kte mmg da pasti yg si dia mmg org yg da diamanahkan oleh ALLAH untuk kte lindungi dan berikan kasih sayang...see????that's the reality that cant be argued rite?? itulah kemanisan iman bg mereka yg memikirkannye...beriman kepada ALLAH bermakne kte percaya pada janji ALLAH...ingatlah...lelaki yg baik hanya untuk perempuan yg baik dan juga sebaliknya...
ALHAMDULILLAH...sy akui, dulu mmg sy prnah bercinta...tp keindahannye trlalu mnyakitkan bile da berpisah...i'm lost...really lost...nsib baik la..satu hari tu sy ad bace artikal pasal kapel ni...kapel itu haram...syukurlah sy da putus ngn dy...dan sy berazam untuk tidak sakitkan lagi hati sy sendiri...perasaan kte ni adalah kurniaan ALLAH yg patot kita jage...jage lah hati kita,,,jgn kita biarkan org lukakan perasaan kita...dan janganlah kita melukakan perasaan org jugak...skrg ni sy tgh berusaha untuk melupakan si dia...mohon kesabaran dan ketabahan semoga sy kuat untuk melalui hari2 tanpa si dia...biarkan la hati sy sakit...tu la...nk bercinta sgt..padan muka,,,,..haha

dan sekarang ni, sy perlu melakar satu rancangan yg sgt2 strategik...seperti yg anda semua tahu, sy akan memulakan kembali pengajian sy setelah 5 bulan berehat...kat sane nanti msti lagi ramai org yg sy akan jumpe..yang hensem, yang tak hensem, yang baik, tinggi, kaya, miskin, suke menipu n so on...
so must be ready to face all the possibilities taht i might be proposed again...haha...jgn ingat sy ni tak lawa k...lawa tau...hakhakhak..bg sesetengah org la kan...kan setiap org ad pandangan masing2..trpulang la pada mereka untuk menilai...tp slalunye kan..kalo org lelaki, msti diorang pilih yg cantik je kan...besa la tu...
tp kalo org prmpuan pulak, diorang tak kisah kalo org laki tu hensem ke tak...diorang lbih trtarik pada cara lelaki melayan diorang kan???hehe..so sy kene la bersedia...kuatkan diri dan keazaman supaya sy tabah nanti...
no matter wat happen,,....there'll be no couple before marriage....!!!

Sabtu, 16 Julai 2011

unimas????

adoyai...mcm mne ek???sungguh tak sangka..pnye la mgharap pada yg lain..tbe2 yang lain pulak dapat...
takpelah..bersyukurlah...alhamdulillah...at least dapat...kalo nak taw..kat luar tu ramai lg taw yg tak dpt...tak bersyukur lagi ke???ingat la..kat mne pun yg kite dpt...kite harus yakin..itulah rzki kte...slagi boleh berusaha, kite brusaha la ye...gud lak untuk semua...

nak cter jugak nih...rsult upu kan kuar ari jumaat lpas kan...haaa...sy pnye la tkot mse tu..tkot same ada bole dpt buat medik ke tak...huhu...n when the day has come, n i'm ready for it...i know that i'll be frustrated with all those...siyes mmg sdih gler...sy dpt bnde lain..huhu..xpela..mgkin itu yg terbaik buat sy...tp sy brcadang nk buat rayuan untuk tuka kos...sy cume brusaha je..kalo mmg da bukan rezeki sy, sy redha..yg pnting kte brusaha dan jengan pernah berputus asa dgn rahmat ALLAH....

mse mule2 dapat tu kan, pnye la sy mnjerit suke..hakhakhak...just check melalui sms je...bler je dpt taw dpt UNIMAS, pnye la excitednye...yahooo...aku dapat nek kapal terobang..hahaha...lagak seorang budak kcik...suke pnye suke, tp mse tu tak taw lg dpt kos ap sbb kat msj tu dy cume kasi kod kursus je..
biler je sy bukak laptop...kecewa yg tak trkata la...jauh benor mnyimpangnye...

SUKACITA DIMAKLUMKAN BAHAWA SAUDARI BERJAYA UNTUK MENERUSKAN PENGAJIAN DALAM PROGARM SARJANA MUDA DENGAN KEPUJIAN (SAINS DAN PENGURUSAN SUMBER AKUATIK)

???????? what's this...adoi...mcm mne ni???tak pnah trpikir langsung nk dapat kos tu...mmg sdih la...tp mngkin tu dah rezeki sy..tp sy blom putus asa..mgkin mseh ada jalan kluarnye..kalo medik yg terbaik..insyaALLAH Allah akn permudahkan jalannye....yg pnting usaha dan tawakal..n akhirnye, redha...yakin la dgn janji ALLAH...sesungguhnya ALLAH sangat adil lagi MAHA MENGETAHUI....

Rabu, 6 Julai 2011

YA ALLAH..........


 




DALAM HATI KECIL SY NI...XDE SAPE YG DAPAT RASE APA YG SY RASE..
SEMUA ORG TAHU SY SEDIH..TP DIORANG RASE KE???DIORANG KE YANG TANGGUNG?? THE ANSWER IS NO RIGHT??? HAKIKATNYA, SY BTOL2 DA KECEWAKAN MAK AYAH SY..
SY GAGAL JD ANAK YG BAIK...SY GAGAL BERI CONTOH TRBAIK PD ADIK2 SY...YA ALLAH..KUATKANLAH AKU....

pada satu hari yg hening...tiba2 hati sy terdetik nk singgah ke blog rakan sepenulis sy...http://muhassabah92.blogspot.com...
kawan sy yang sorang ni rupe-rupenye dpt interview universiti perdana...
universiti ni adalah u swasta yg bertaraf dunia...jpa brminat nak menaja stdnt dari malaysia...dialah sahabt yg baik sgt pada sy...dia selalu bantu sy walaupun kitorang tak pnah ckp even once...sy tak pnah langsung tegur dy..dy kwn sematrik...cme dy h3..sy h2..so sbb tu la tak knal...dy berkawan baik dgn kwn sy yg lagi satu ni..yg bg gambar bunga tu...lpas kami jd ajko bru kami berkawan baik...mesej2 kat fb...dan walaupun sekadar kawan maya, dia baik ati tlg sy bgtaw mcm2 bnde...sy slalu trtinggal info2 trkini..so dy pun panjangkan tangan dy msj sy bgtaw sume info yg sy tak taw..
yg universiti perdana ni pun dy yg gtaw..sy rse trharu sgt..smpat sy brdoa smoga dy dpt...alhamdulillah..dy dapat..n sy tak diberitahu...mungkin sbb dy takot sy ingatkan dia ni menunjuk2...secara peribadi, sy sgt trsentuh..bukan sbb iri bler dy dpt n tak bg taw...tp sbb kawan2 sy sumenyer dpt g interview untuk course yg sama...yah intrview usm n dy dpt..acap interview upnm n sdg mnunggu kputusan..murni interview mara ukm n sdg tunggu kputusan...dan skrg..luqman hakim pulak...tp syg, dy xnak...alasannye, dy tak redy...n dy mmg brhajat nk stdy kat ukm je...tp dy mmg tak payah risau..sbb dy 4 flat student..kalo tak g intrview u prdana pun tak mnjadi daki untuk dy...sahabat...sy sentiasa mendoakan awk semua sentiasa di bawah rahmat ALLAH..dan dikurniakan kehidupan yg baik, serta kejayaan dunia dan akhirat..seandainya anda ingatkan sy..doakan la sy disini supay diberi peluang oleh ALLAH untuk menebus balik semua kesalahan sy...

YA ALLAH...MAHA SUCI ALLAH TUHAN PEMBERI RAHMAT, KAU AMPUNKANLAH AKU..AKU MANUSIA YANG TELAH MENZALIMI DIRIKU SENDIRI..KAU TERIMA LAH TAUBAT HAMBAMU INI YA ALLAH..SEKIRANYA AKU DITAKDIRKAN UNTUK MENINGGALKAN DUNIA HARI INI, JANGANLAH KAU BIARKAN AKU MATI TANPA MENDAPAT PENGAMPUNAN DARIPADA MU YA ALLAH...AMIIIN...=(

Isnin, 4 Julai 2011

khasiat timun...=)

haa...hari ni meh kite kongsi khasiat timun...
kebetulan harini saya skeluarga minum air timun..u should try this...best taw...air ijau..haha...
untuk pngetahuan pembaca...timun ni selain boleh buat hidangan untuk nasi lemak...sebenarnye, timun ni:




1)boleh bantu bersihkan ginjal kita..caranye...kisar timun tu..kemudian perah airnya dan minum...sedap taw..taw la kan..bila kita sakit, slalu la jugak kita makan ubat..so kalau trlalu mkn byk ubat, boleh bwk mslah kat kidney kte..so, air timun ni boleh bantu kite...

2)haa...kalau nak tahu, timun ni pun bole bantu hilangkan jerawat...caranya, kita hiris timun tu nipis2. then, letakkan la kat tmpat jerawat tu..insyaALLAH boleh smbuh...=)

3)bagi mereka yg menghidapi penyakit darah tinggi, anda disyorkan supaya amalakn slalu meminum air timun kisar ni..ia dpt membantu anda untuk kurangkan paras darah tinggi dalam badan..hehe

Khamis, 30 Jun 2011

hadiah seorang sahabat


terharunye bila ada seorang sahabat baru sy ni bagi sy hadiah gambar bunga ros purple tu..cantik kan??

ada la sorang sahabat ni..sy knal dy pun mase sy bertugas aritu..
ktrg ambil kursus yg same..sains hayat..cume brlainan lctre...dy seorang lelaki..haha..kami tak prnah bercakap pun...(mcm mne nak ckp kalo tak prnah jmpe kan?? pe la)
mmg sy tak prnah nmpak dy sblum ni..kalo nmpak pun ..sy tak prnah simpan gambaran wajah dy dlm memori sy..haha..sbb tak pnting pun..bukan ke dalam islam, umatnya disuruh menundukkan pandangan..??hehe..tak salah kalo kita memandang..selagi tak mendatangkan syahwat..tp bukan ke dari mata jatuh ke hati..???so, logik kan islam menggalakkan umatnye menundukkan pandangan..tp tak bermakna kita kurang keyakinan diri taw..hehe..brbalik pada cerita td...kami ditugaskan dalam satu kumpulan yg sama...sy tak kesah sgt pun psl dy ni sbb dy ni takde sangkut paut pun dlm hdup sy..so, sy tak ingat la kat dy..
tp tiba2 waktu kami brtugas tu, dy dtg kat sy..mintak marker pen ngn krtas kosong kat sy..haha..lawak la..mule2 sy blur la jgk sbb dy dtg mngejut..lagipun mse tu sy tgh brtugas..hehe..tp kami brtegur stakat tu je la...sy bg dy marker pen dgn kertas recycle..=p

tp lepas je habis brtugas tu, lpas ktrg da selesai program tu n balik ke rumah, dy mcg sy...bkn mcg sms..tp mcg kat fb..haha..pd sy itu tindakan yg gentle la..sy tak bpe minat la dgn org yg suke mintak no telefon ni..tp sy takde mksud pape ye..sy just ckp dy tu gentle je..hee..bru la sy taw nme dy..rsenye tak perlu la kot pembaca taw name dy..sbb korang bukan knal dy pun..heehe..biarlah sumenye mnjadi rhsia sy...
mula2 sy tulis la 'nujum pak belalang' kat status sy kat fb tu...
tbe2 dy kasi personal mcg kat inbox sy..sjak tu trus ktrg brkawan..n dari situlah bru sy taw yg kami brtugas dlm kumpulan yg same...n baru la sy taw name dy..dy ckp dy da pnah nmpak sy sblum ni..slalu kami terserempak kat cubicle..n yg paling mgharukan, dy msih ingat bju kurung yg sy pakai mse hari terakhir sy kat kolej..mse tu sy pegi cbcle n kami trserempak kat tangga cbcle...itu yg buat sy rase trsentuh sikit...
lpas tu, kami pun trus brkawan..dy bekas plajar sekolah agama..seronok dpt brkawan dgn dy..byk yg sy blaja drpd dy...dan sy brsyukur diperkenalkan dgn kwn yg mcm dy...
satu hari tu dy ckp nk pegi cameron highlands...sy pun seloroh la.."kalo awk pegi sne, awk nmpak bunga ros kale ungu, awk ingat la kat sy ye.."hehe..tak sangka dy ingat ap yg sy ckp tu..n dy trus kasi sy gambar bunga ros yg dy nmpak tu..terharunye...

kesimpulannya...sahabat yang baik perlu untuk kita mengukur peribadi yang baik...tengs frend...

Selasa, 28 Jun 2011

peristiwa israk mikraj...

seperti yang dah dijanjikan...hari ni sy nak kongsikan sikit pengalaman sy melalui pembacaan yg tak sampai bpe helai ni pun..hehe..
setakat ni sy da bace peristiwa bagaimana perjalanan rasulullah s.a.w. pada malam israk mikraj...
terdapat banyak hadis yang mengaitkan mengenai peristiwa penting bg umat islam ni..sy baru je baca hadis yang pertama..yang diriwayatkan oleh anas bin malik r.a

dalam hadis ni mengatakan yang nabi muhammad s.a.w dibawa oleh buraq, iaitu sejenis haiwan tunggangan yang berwarna putih tinggi, di atas keldai dan di bawah bighal..sy pun tak dapat nak bayangkan mcm mne rupa buraq tu..ini adalah salah satu rahsia kebesaran ALLAH...masyaALLAH..ia dapat melangkahkan kakinya sejauh mata memandang...haiwan tunggangan ini membawa nabi muhammad s.a.w. sampai ke baitul maqdis lalu baginda menunaikan solat dua rakaat di masjidil aqsa(palestin)..kemudian malaikat jibril membawakan baginda gelas yang berisi khamar dan segelas yang berisi air susu..lalu baginda memilih untuk minum air susu..jibril berkata baginda.."hai muhammad, sesungguhnya engkau telah memilih kesucian"

kemudian, buraq tersebut membawa baginda naik ke langit..

inilah gambar batu yang dikatakan ingin mengikuti baginda semasa peristiwa israk mikraj tetapi ditahan baginda..batu itu terapung di masjid al aqsa..masyaALLAH...besar sungguh kuasa ALLAH...


sampai di langit yang pertama, jibril meminta agar dibukakan pintu langit, lalu jibril ditanya "siapa anda?"
lantas jibril mnjawab ,"jibril"...jibril ditanya lagi, "siapa yang bersama anda"..lalu jibril menjawab"muhammad"...kemudian penjaga pintu itu brtanya lagi, "apakah dia telah diutus?"..jibril mnjawab..,,"dia telah diutus"...
pintu pun dibuka lalu nabi muhammad bertemu dgn nabi adam a.s..nabi adam a.s menyambut baginda lalu mendoakan kebaikan untuk baginda..

sampai pula ke pintu langit yang kedua, jibril ditanya lagi oleh penjaga pintu langit kedua tersebut...lalu jibril memberi jawapan yg sama seperti yang telah ditanyakan sebelumnya tadi...kemudian pintu pun dibuka lalu nabi muhammad s.a.w bertemu dengan dua orang sepupu baginda, iaitu nabi isa bin maryam dan juga nabi yahya bin zakaria lalu mereka pun mendoakan kebaikan buat baginda...

seterusnya..,di pintu langit yang ketiga..jibril ditanya soalan yang sama oleh penjaga pintu langit..kemudian jibril mmberi jwpn yg serupa..pintu langit dibuka dan nabi muhammad s.a.w bertemu dengan nabi yusuf a.s. yang telah diberi separuh dari ketampanan orang sedunia..nabi yusuf a.s. menyambut baginda dan mendoakan kebaikan buat baginda...

di pintu langit yang keempat, sekali lagi jibril ditanya soalan yang sama oleh pnjaga pintu langit lalu jibril memberi jawapan yang serupa...lalu pintu langit dibuka dan nabi muhammad s.a.w. disambut oleh nabi idris a.s. dan nabi idris a.s. mendoakan kebaikan buat baginda..ALLAH s.w.t. berfirman,:"Kami kelak akan mengangkatnya ke tempat yang tinggi" (Maryam:57)

setelah itu, buraq pun terus membawa baginda ke pintu langit yg kelima dan baginda pun disambut oleh nabi harun a.s. dan nabi harun a.s. pun mendoakan kebaikan untuk nabi muhammad s.a.w...

kemudian, di pintu langit yang keenam..jibril ditanya soalan yang sama lalu jibril memberikan jawapan yang sama seperti tadi..nabi muhammad s.a.w. disambut oleh nabi musa a.s. dan beliau mendoakan kebaikan buat baginda...

setelah itu, buraq tersebut membawa baginda ke pintu langit yang ketujuh dan baginda bertemu dengan nabi ibrahim a.s. yang sedang menyandarkan punggungnya ke al-Bait al-Ma'mur, yang setiap harinya dimasuki oleh tujuh pulih ribu malaikat. malaikat tersebut tidak masuk kembali sesudahnya..maksudnya, tujuh puluh ribu malaikat yg masuk al-Bait al-Ma'mur setiap hari selalunya pendatang baru..

setelah itu, buraq tersebut membawa nabi muhammad s.a.w. dan jibril sampai ke sidratul muntaha yang daun-daunnya seperti telinga gajah dan buah-buahnya seperti bejana besar..

maka ALLAH mewahyukan kepada baginda solat 50 waktu sehari semalam. kemudian baginda turun dan bertemu dangan nabi musa a.s.. lalu nabi musa a.s. bertanya "apakah yang diwajibkan oleh ALLAH ke atas umatmu?" baginda pun menjawab, "lima puluh kali solat sehari semalam.."
lalu nabi musa a.s. menyuruh baginda kembali menemui ALLAH dan minta supaya dikurangkan bilangan solat tersebut kerana sesungguhnya umat nabi muhammad tidak mampu untuk melakukan hal tersebut..
lalu baginda menurut apa yang diperkatakan oleh nabi musa a.s.
nabi muhammad s.a.w. kembali kepada ALLAH lalu bermohon supaya diberikan keringanan kepada umat baginda..maka ALLAH memberikan keringanan sebanyak lima solat hingga yang tinggal hanyalah 45 solat..lalu baginda kembali kepada musa a.s. lalu musa a.s. bertanya lagi..apabila nabi muhammad s.a.w. menyatakan Allah s.w.t. telah memberi keringanan sebanyak 45 solat sehari semalam untuk dikerjakan oleh umat baginda, nabi musa a.s. meminta baginda supaya menemui ALLAH dan meminta supaya diberikan keringanan lagi..maka nabi muhammad sentiasalah berulang alik antara ALLAH dan nabi musa a.s.

sehinggalah, ALLAH mangatakan, "wahai muhammad, sesungguhnya kewajipan solat itu 5 kali sehari semalam..tiap solat mendapat sepuluh kelipatan pahala. maka 5 kali solat bersamaan dengan 50 kali solat..sesiapa berniat melakukan suatu kebiakan tp tidak dilaksanakan, maka akan dicatat satu kebaikan. kalau dilaksanakan, maka akan dicatat sepuluh kebaikan buatnya..sesiapa yang berniat melakukan kejahatan tetapi tidak melaksanakannya, maka tidak dicatat sama sekali kejahatannya. tapi jika dilaksanakan, maka hanya dicatat baginya satu kejahatan..

nah..di sini kita dapat melihat, betapa maha pengasih lagi maha penyayang ALLAH kepada hambanya..sesungguhnya, untuk menetapkan dirimu pada jalan ALLAH, amatlah sukar..oleh itu, berdoalah kepadaNYA supaya ditetapkan keimanan dalam hati semoga kita sentiasa berada dalam kerdhaanNYA..

kemudian, nabi muhammad s.a.w. turun sehingga sampai kepada nabi musa a.s. lalu diberitahu kepada nabi musa a.s...maka nabi musa a.s. mengatakan, "kembalilah kepada tuhanmu dan mintalah supaya dikurangkan lagi," lalu baginda menjawab, "Aku telah kembali kepada tuhanku (berulang-ulang) sehingga aku merasa malu kepadaNYA," (hadis riwayat Muslim)

setakat ini itulah yang sy dah baca..wallahualam..yang baik datang daripada ALLAH dan yang kurang itu dtg daripada kelemahan sy sendiri..




melalui pembacaan sy, sidratu muntah itu berasal daripada perkataan sidrah, yang merujuk kepada pohon bidara yang dilihat Rasulullah pada malam israk di mana baginda melihat jibril..ia terdapat pada langit ke tujuh menurut anas r.a..tp sebahagian ulama' mengatakan ia terdapat di langit keenam..dan dpt disimpulakn bahawa akarnya terdapat dilangit keenam sementara rantingnya terdapat di langit ketujuh..wallahualam..
mengapa disebut dgn sidratul muntaha?
jawapannya.., kerana sampai di situlah akhir ilmu malaikat. malaikat tidak dapat melewatinya dan sesiapa pun juga melainkan nabi muhammad s.a.w...ini menurut pendapat sesetengah ulama...



tangan sy pun dah pnat menulis...tulisan seterusnya insyaALLAH akan dibuat setelah buku karangan SAYID MUHAMMAD ALAWI yg diterjemahkan oleh MUHAMMAD AKHYAR dan SYAHRIN BIN JASAH habis dibaca...=)

Isnin, 27 Jun 2011

27 rejab...=)

SUCIKANLAH EMPAT HAL DENGAN EMPAT PERKARA...iaitu wajahmu dengan linangan air mata keinsafan..lidahmu basah kerana berzikir ke atas Penciptamu..hatimu takut dan gentar kepada kehebatan Rabbmu..dan dosa-dosa yang silam disulami dengan taubat kepada Dzat yang Memilikimu...sesungguhnya..tidak ada insan suci yang tidak ada masa silamnya..dan tidak ada insan berdosa yang tidak ada masa depan...
sama-samalah kita bertaubat memohon keampunan Ilahi kerana sesungguhnya


Hmm..esok 27 rejab kan??apa kata kita sama-sama saling menghayati peristiwa israk mikraj yang dilalui oleh rasul junjungan kita, nabi Muhammad saw...sebentar td sy dgn mak ke perpustakaan...sesungguhnya, sememangnya sy ingin menjadi insan yang baru..ingin mninggalkan segala yang dilarangNYA..dan melakukan segala perintahNYA selagi diri ini mampu..
dan akan sentiasa bersifat terbuka apabila didatangi teguran...sesungguhnya tidak ada insan yang sempurna di dunia ini melainkan Rasulullah saw kerana beginda memiliki sifat maksum...(melalut pulak sy ni)...so td sy carik la buku-buku yang ingin sy jadikan santapan rohani...dan sy terjumpa buku ttg peristiwa israk mikraj...tak sabar rasenye untuk sy baca buku tu...insyaALLAH pada tulisan akan datang sy akan ceritakan serba sedikit mengenai peristiwa ini melalui bacaan sy...=)

Ahad, 26 Jun 2011

jangan malu-malu..=)

pagi ni...saya bangun dengan penuh bersemangat..
haha..semangat baru la agaknye...seawal 4.30 da terjaga (padahal tak tidur pun)...plan sy pagi ni ialah...(jeng jeng jeng)...MEMASAK..haha...biar btol??pukul 4.30 nk masak dah???nak berniaga ke?? hahahaha..bukan la..sbnarnye arini sy kne teman mak sy ambik slip exam adq sy..so kene masak awl la...hari ni kami nak masak nasi lemak..haa...kepada sumer gurls kat luar sne..toksah malu la kalo anda tak reti memasak..kita serupa...tp..sy sedang mendalami ilmu memasak..di samping ilmu mnjahit..inilah mse yang sy ada..sementara blum masuk u lg..
so...sy nak share la sikit cara nak sediakan nasi lemak...


BAHAN2...
beras
santan
daun pandan
halia
serai

ikan bilis, bawang kecil, bawang putih, dan belacan yang da siap ditumbuk
kacang tanah, timun, telur...


so..itulah bahan2 dy..kacang je nak buat..haha...
rasenye kalo nak masak nasik sume orang da taw kan..just masukkan beras dlm periuk, then perahkan santan secukup rase, pastu masukkan halia, daun pandan n serai...siap...=)

next..skrg ni kite masak sambal tumis pulak..
mule2 sdiakan bahan2 dy...then kite hidupkan la api...tumis bawang kecik, bawang putih, ikan bilis, n belacan yang da siap ditumbuk tadi...lpas tu masukkan lada kisar...kacau sampai agak kering, lpas tu bru masukkan air asam jawa...then, msukkan la garam, gula, n ajinomoto secukup rase...snang je...ngeee...
da siap...selamat mencuba ye...

Khamis, 23 Jun 2011

cuba baca...

Apabila saya terlibat dengan kerja dakwah, barulah saya tahu saya telah banyak melakukan zina hati,” kata seorang pemuda.

“Itulah dulu pun saya ada kekasih, dan kami saling cinta menyintai dan merancang untuk berkahwin apabila sampai masanya, tapi apabila saya tahu hubungan saya dengan dia tu menyebabkan saya dan dia terjebak dengan zina hati maka saya putuskan”

Seringkali saya mendengar kata-kata seperti itu keluar melalui kata-kata atau tulisan daripada mereka yang melibatkan diri dengan gerak kerja persatuan-persatuan Islam atau kerja-kerja dakwah remaja.

Pada mulanya saya buat tak kisah atau dengan kata lain buat tak pot kerana saya menganggap kes-kes itu sebagai kes terpencil yang biasanya berlaku di zaman sekolah menengah. Biasalah tu budak-budak sekolah yang baru dalam proses pra-matang kepada matang, baru nak up orang kata, pedulikanlah.

Tapi apabila ada pelajar di peringkat universiti yang mengeluarkan kenyataan-kenyataan mirip sebegitu, saya mula tertanya-tanya dan bersyak wasangka, “eh takkanlah pelajar universiti yang bakal keluar sebagai pemimpin masyarakat pun tak faham-faham lagi, mustahillah”.

Tapi ternyata, sangkaan saya itu meleset sama sekali. Mimpi buruk melanda diri setelah melancong ke laman-laman web internet yang mempromosikan keislamikkan mereka. Saya terkejut apabila mendapati ketempangan yang cukup serius dalam memahami apa yang diistilahkan sebagai zina hati.

MAKSUD ZINA HATI DAN ZINA KECIL YANG LAIN

Sabda Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam:
(إِنَّ اللهَ كَتَبَ عَلَى ابْنِ آدَمَ حَظَّهُ مِنَ الزِّنَا أَدْرَكَ ذَلِكَ لاَ مَحَالَةَ، فَزِنَا الْعَيْنِ النَّظَرُ، وَزِنَا اللِّسَانِ الْمَنْطِقُ، وَالنَّفْسُ تَمَنَّى وَتَشْتَهِي، وَالْفَرْجُ يُصَدِّقُ ذَلِكَ وَيُكَذِّبُهُ). رواه البخارى (6/2438، رقم 6238)، ومسلم (4/2046، رقم 2657)، وأبو داود (2/246، رقم 2152)، والبيهقى فى شعب الإيمان (4/365، رقم 5428).

وفي رواية مسلم: (كُتِبَ عَلَى ابْنِ آدَمَ نَصِيبُهُ مِنْ الزِّنَا مُدْرِكٌ ذَلِكَ لَا مَحَالَةَ فَالْعَيْنَانِ زِنَاهُمَا النَّظَرُ وَالْأُذُنَانِ زِنَاهُمَا الِاسْتِمَاعُ وَاللِّسَانُ زِنَاهُ الْكَلَامُ وَالْيَدُ زِنَاهَا الْبَطْشُ وَالرِّجْلُ زِنَاهَا الْخُطَا وَالْقَلْبُ يَهْوَى وَيَتَمَنَّى وَيُصَدِّقُ ذَلِكَ الْفَرْجُ وَيُكَذِّبُهُ).

Maksudnya: (Sesungguhnya Allah mencatatkan bahagian zina yang tidak dapat tidak berlaku ke atas anak-anak Adam. Zina mata itu adalah pandangan, zina lidah itu adalah ucapan, nafsu mengharap dan berkeinginan, dan kemaluan itu mengiyakan atau mendustakannya). Hadith riwayat Bukhari (6/2438, no 6238), Muslim (4/2046, no 2657), Abu Daud (2/246, no 2152), dan Imam Baihaqi dalam Shu’ab Iman (4/365, no 5428).

Dan dalam riwayat Imam Muslim: (Sesungguhnya Allah mencatatkan bahagian zina yang tidak dapat tidak berlaku ke atas anak-anak Adam. Mata itu zinanya pandangan, telinga itu zinanya mendengar, lidah itu zinanya ucapan, tangan itu zina melakukan kekerasan, kaki itu zinanya langkah, dan hati itu mengharap dan berkeinginan, dan mengiyakannya kemaluan atau mendustakannya)

Hadith pertama menggunakan istilah zina nafsu, manakala hadith yang kedua pula menggunakan istilah zina hati. Hadith inilah yang menjadi hujah tentang wujudnya zina yang dinamakan dengan zina hati dan tidak syak lagi hadithnya adalah hadith yang sahih.

Tidak dipertikaikan kewujudan istilah zina hati dan asasnya dalam Islam, tetapi apa yang dipertikaikan adalah kegagalan ramai daripada kalangan mereka yang bercakap tentangnya untuk mengupasnya secara ilmiyyah sehingga adakalanya membuatkan remaja dan pemuda salah faham yang seterusnya menyebabkan berlakunya pemikiran yang tempang dalam beragama.

Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan zina hati? Adakah jatuh cinta kepada seseorang itu dianggap zina hati? Adakah teringatkan seseorang itu zina hati? Mungkin sebahagian daripada kita akan menjawab: “Ya, itulah zina hati”. Apabila ditanya lagi mengapa itu zina hati? Jawab mereka: “Kerana kita mengingati seseorang yang ajnabi (bukan mahram) yang tidak halal buat kita”!!!

Kalau anda meletakkan sebab pengharamannya adalah kerana dia ajnabi tidak halal bagi kita, bagaimana anda mahu menafsirkan firman Allah dalam Al-Qur’an tentang Sahabat Nabi yang teringatkan perempuan ajnabiyyah yang tidak halal buatnya?

Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah, ayat ke-235:
))عَلِمَ اللَّهُ أَنَّكُمْ سَتَذْكُرُونَهُنَّ وَلَكِنْ لا تُوَاعِدُوهُنَّ سِرّاً إِلَّا أَنْ تَقُولُوا قَوْلاً مَعْرُوفاً((

Dalam ayat ini dan ayat sebelumnya, menceritakan tentang عدة / iddah (tempoh suci) perempuan yang bercerai dengan suaminya. Kemudian ada lelaki ajnabi yang mengintai-intai peluang untuk melamar perempuan ini. Lalu Allah berfirman ((Allah Maha Mengetahui bahawa kamu akan mengingati perempuan tersebut, tetapi jangan kamu berjumpa dengan perempuan itu secara rahsia kecuali dengan berkata-kata perkara yang baik)).

Syed Qutb dalam tafsirnya berkata: “Dan Allah telah mengharuskannya kerana itu berkaitan dengan kecenderungan fitrah yang halal pada asalnya, harus pada zatnya … dan Islam itu tidak menghancurkan kecenderungan fitrah tetapi membajainya, dan tidak menekan naluri kemanusiaan tetapi mengawalnya. (Rujuk Fi zilali Qur’an oleh Syed Qutb, jilid 1, m/s 238).

Bukankah perempuan yang baru berpisah dengan suaminya merupakan perempuan ajnabiyyah kepada lelaki lain yang mahu melamarnya??? Tapi mengapa Allah langsung tidak mengatakan kepada lelaki ajnabi itu tak boleh mengingati perempuan tetapi hanya berpada dengan berkata ((Allah Maha Mengetahui bahawa kamu akan mengingati perempuan tersebut tetapi jangan kamu berjumpa dengan dia secara rahsia)).

Justeru apa yang dapat difahamai daripada ayat tersebut adalah: Tiada masalah dalam mengingati perempuan tersebut, tapi jangan fikir nak buat yang bukan-bukan yang bertentangan dengan syarak’. Itulah apa yang sepatutnya difahami daripada firman Allah tersebut.

Kalau mengingati perempuan yang ajnabiyyah itu zina hati, tentunya Allah melarang para sahabat daripada mengingati perempuan, tetapi Allah sendiri tidak melarang bahkan memberi izin.

Justeru, yang dimaksudkan dengan zina hati itu adalah hati yang menaruh niat untuk berzina, menikmati hubungan persetubuhan luar nikah. Itu yang dimaksudkan dengan zina hati. Rujuk kembali konteks hadith berkaitan zina hati secara keseluruhan. Tidakkah di pengakhiran hadith tersebut Nabi ada menyebut:
وَالْفَرْجُ يُصَدِّقُ ذَلِكَ وَيُكَذِّبُهُ

Maksudnya: (dan kemaluan itu mengiyakan atau mendustakannya). Bermakna semua perkara daripada tangan, kaki, telinga, mata, lidah, hati yang menuju ke arah persetubuhan haram barulah dipanggil dengan zina. Sebab itu disebut di pengakhiran hadith (Kemaluan itu yang akan menentukan berlaku atau tidak berlakunya zina).

Sebab itu Ibnu Mas’ud menambah dengan katanya:

"فإن صدقه بفرجه كان زانيا وإلا فهو اللمم" أخرجه البيهقي في شعب الإيمان (5/393، رقم 7060)

Maksudnya: “Jika dia mengiyakannya (kehendak berzina) dengan kemaluannya maka dia menjadi penzina, jika tidak maka itu adalah Al-Lamam (dosa kecil)”. Dikeluarkan oleh Imam Baihaqi dalam kitabnya Shu’abul Iman (5/393, no 7060).

Jadi, zina kecil yang disebutkan itu adalah yang mengarah pada hubungan kelamin luar nikah. Oleh itu, melihat bukan mahram bukanlah serta-merta boleh digolongkan sebagai zina mata. Yang tergolong “zina mata” adalah pandangan yang menggoda dan penuh syahwat.

Dengan itu juga, menyampaikan kata-kata mesra kepada bukan mahram bukanlah semestinya tergolong sebagai “zina lisan”. Yang tergolong sebagai “zina lisan” adalah kata-kata pujuk rayu dan godaan kepada nafsu berahi.

Begitu juga halnya dalam masalah mengingati atau merindukan si dia atau pun merasakan getaran di hati ketika memikirkan si dia, bukanlah serta merta boleh tergolong sebagai “zina hati”. Pengertian “zina hati” adalah mengharap dan menginginkan kepada persetubuhan luar nikah sebagai memenuhi syahwat.

EKSTREMIS DI DALAM ISU ZINA HATI

“Melihat perempuan itu haram”

“Mendengar suara perempuan itu haram”

“Mengingati bayangan perempuan itu haram”

“Semua itu adalah zina”

Biasa mendengar klausa-klausa kata sebegitu?...hehe. Banyak kali dengar kan? Mungkin agaknya mereka mahu menjadikan perempuan itu sebagai makhluk haram di atas planet bumi ini, dan bagi perempuan pula mereka mahu menjadikan makhluk lelaki sebagai makhluk haram di atas planet bumi ini.

Sampai begitu sekalikah pandangan anda tentang pengharaman segala yang datang daripada perempuan atau segala yang datang daripada lelaki? Sedangkan khinzir pun tidak sampai ke tahap itu diharamkan dalam Al-Qur’an. Yang hanya diharamkan adalah makan dagingnya sahaja.

Apakah sebenarnya pengharaman dalam masalah perhubungan antara lelaki dan perempuan? Adakah perempuan itu haram semata-mata kerana dirinya حرام لذاته / haram lizatihi, atau haram kerana perkara luaran lain حرام لغيره / haram lighairihi?

Melihat perempuan itu haram sebab apa? Adakah semata-mata pandangan kepada perempuan itu haram atau pandangan itu haram disebabkan unsur luaran lain?

Tentunya pandangan yang diharamkan adalah pandangan yang disertai dengan syahwat, pandangan yang menggoda dan bernafsu. Itulah sebab kepada pengharaman pandangan bukan semata-mata kerana pandangan biasa.

Suara perempuan itu haram sebab apa? Adakah semata-mata suara kepada perempuan itu haram atau suara itu haram disebabkan unsur luaran lain?

Tentunya suara yang diharamkan adalah suara yang dilunakkan untuk menarik perhatian, suara manja mendodoi, suara-suara gedik. Suara sebegitulah yang diharamkan bukan semata-mata suara biasa.

Mengingati perempuan itu? Adakah semata-mata ingat kepada perempuan itu haram atau ingatan itu haram disebabkan unsur luaran lain?

Tentunya ingatan yang diharamkan adalah ingatan yang membayangkan keseksian susuk tubuh perempuan, membayangkan untuk bersetubuh dengan perempuan dan bayangan yang membangkitkan berahi. Ingatan dan bayangan sebegitulah yang diharamkan bukan semata-mata ingatan biasa.

Itulah hal-hal yang dipanggil zina kecil. Pengakhiran yang menentukannya adalah kemaluannya sama ada menjebakkannya ke kancah perzinaan hakiki atau tidak.

SEJAUH MANA DOSA ZINA TANGAN, KAKI, TELINGA, MATA, LIDAH, HATI?

Ibnu Mas’ud mengatakan bahawa:
"فإن صدقه بفرجه كان زانيا وإلا فهو اللمم" أخرجه البيهقي في شعب الإيمان (5/393، رقم 7060)

Maksudnya: “Jika dia mengiyakannya (kehendak berzina) dengan kemaluannya maka dia menjadi penzina, jika tidak maka itu adalah Al-Lamam (dosa kecil)”. Dikeluarkan oleh Imam Baihaqi dalam kitabnya Shu’abul Iman (5/393, no 7060).

Kata Ibnu Abbas pula:
"مَا رَأَيْتُ شَيْئًا أَشْبَهَ بِاللَّمَمِ مِمَّا قَالَ أَبُو هُرَيْرَةَ عَن النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: (إِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ كَتَبَ عَلَى ابْنِ آدَمَ حَظَّهُ مِنْ الزِّنَا أَدْرَكَهُ لَا مَحَالَةَ وَزِنَا الْعَيْنِ النَّظَرُ وَزِنَا اللِّسَانِ النُّطْقُ وَالنَّفْسُ تَمَنَّى وَتَشْتَهِي وَالْفَرْجُ يُصَدِّقُ ذَلِكَ أَوْ يُكَذِّبُهُ)". رواه البخاري (8/67، رقم 5774) ومسلم (8/52، رقم 4801).

“Aku tidak melihat sesuatu yang lebih menyerupai Al-Lamam itu kecuali daripada kata-kata Abu Hurairah daripada Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam (Sesungguhnya Allah mencatatkan bahagian zina yang tidak dapat tidak berlaku ke atas anak-anak Adam. Zina mata itu adalah pandangan, zina lidah itu adalah ucapan, nafsu mengharap dan berkeinginan, dan kemaluan itu mengiyakan atau mendustakannya)”. Riwayat Imam Bukhari (8/67, no 5774), dan Imam Muslim (8/52, no 4801).

Apa yang dimaksudkan dengan Al-Lamam??? Al-Lamam bermaksud dosa kecil yang tidak akan selamat daripadanya kecuali mereka yang dilindungi dan dijaga oleh Allah. Ibnu Mas’ud, Abu Said, Huzaifah, dan Masruq berpendapat bahawa: Al-Lamam itu ialah selain daripada bersetubuh, sama ada ciuman, sentuhan, pandangan, dan baringan. (Rujuk Tafsir Al-Qurthubi, jilid 17, m/s 106, cetakan Dar Alamil kutub).

Perkataan Al-Lamam ini disebut dalam firman Allah dalam Al-Qur’an, Surah An-Najm , ayat ke-32 :
((وَلِلَّهِ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ لِيَجْزِيَ الَّذِينَ أَسَاءُوا بِمَا عَمِلُوا وَيَجْزِيَ الَّذِينَ أَحْسَنُوا بِالْحُسْنَى (31) الَّذِينَ يَجْتَنِبُونَ كَبَائِرَ الْإِثْمِ وَالْفَوَاحِشَ إِلَّا اللَّمَمَ إِنَّ رَبَّكَ وَاسِعُ الْمَغْفِرَةِ ...))

Maksudnya: ((Dan bagi Allah segala yang di langit dan di bumi, supaya dia membalas mereka yang berbuat buruk dengan apa yang mereka kerjakan, dan membalas mereka yang baik dengan kebaikan. Mereka yang menjauhi dosa-dosa besar dan perkara-perkara keji kecuali Al-lamam, Sesungguhnya Tuhan kamu Maha Luas keampunannya…))

Contoh daripada hadith ini mungkin boleh membantu soal pengampunan dosa Al-Lamam:
أَنَّ رُجلا أصَابَ من امرأَةٍ قُبْلَة، فأتَى النبيَّ صلى الله عليه وسلم، فذكر ذلك له، فَنزلت ((وأَقِمِ الصَّلاةَ طَرَفَيِ النَّهارِ وَزُلَفا مِنَ اللَّيْلِ، إنَّ الْحَسَناتِ يُذْهِبْنَ السَيِّئاتِ ذلكَ ذِكْرى لِلذَّاكِرين)) [ هود : 116]. فقال الرجل : يا رسول اللّه، أَلِيَ هذه ؟ قال: «لمنْ عمل بها من أُمَّتي». أخرجه البخاري (1/140)، ومسلم (8/101).



Maksudnya: Seorang lelaki telah mencium seorang perempuan, lalu dia datang bertemu Nabi dan menceritakan perkara itu kepada Nabi”. Lalu turunlah ayat ((Dan dirikanlah solat pada sebahagian hari dan hujung malam, sesungguhnya kebaikan itu akan menghapuskan keburukan, itu adalah ingatan kepada mereka yang mengingati)) [Surah Hud, ayat ke-116]. Lalu lelaki tersebut berkata: “Wahai Rasulullah, adakah bagiku (sahaja) hal ini? Sabda Nabi: (Bahkan bagi orang melakukannya daripada umatku). Riwayat Imam Bukhari (1/140) dan Imam Muslim (8/101).

Lelaki tersebut telah melakukan zina kecil, iaitu mencium seorang perempuan bukan mahram. Bagaimana untuknya menghapuskan dosa zina kecil tersebut? Jawabnya adalah dengan berbuat kebaikan, insyaAllah kebaikan yang dibuat itu akan menghapuskan dosa yang dilakukan.

APA HUKUM BERCINTA?

Pertamanya, apa maksud bercinta itu? Adakah maksudnya memiliki dan berkongsi perasaan cinta antara lelaki dan perempuan? Atau maksudnya keluar berdua-duaan dan bermesra dengan jalan berpimpin tangan dan segala aktiviti lain?

Saya rasa semua bersetuju bahawa kalau maksudnya keluar berdua-duaan dan bermesra dengan jalan berpimpin tangan dan segala aktiviti lain maka saya kira semua daripada kita akan bersetuju tentang keharamannya.

Tetapi kalau maksudnya, memiliki dan berkongsi perasaan cinta antara lelaki dan perempuan, apakah juga termasuk dalam perkara yang haram? Apakah yang salahnya di situ? Mungkin ada yang akan menjawab, tak boleh, kerana bercinta sebelum kahwin itu akan mengundang dosa dengan melakukan perkara-perkara tak baik.

Baik kalau begitu, bercinta itu tidak haram pada asalnya tetapi bertukar menjadi haram kerana tidak mematuhi batas-batas yang dibenarkan. Pendek kata, pengharaman itu berlaku bukan pada perasaan tersebut tetapi pada perkara luar. Atau dengan bahasa usul Fiqhnya cinta itu bukannya حرام لذاته / haram lizatihi, tetapi bertukar menjadi حرام لغيره / haram lighairihi kerana perkara lain.

Bermakna selagi mana batas-batas pergaulannya terjaga maka cinta itu tiada sebab dan alasan untuk diharamkan.

Justeru, tidak sepatutnya wujud antara kita yang semudah-mudahnya mahu menghukum mereka yang menyimpan perasaan cinta antara satu sama lain itu sebagai haram kerana perasaan cinta itu adalah fitrah manusia yang suci. Hanya apabila batas-batas pergaulan dilanggar barulah hukumnya bertukar menjadi haram.

Makan daging lembu itu adalah halal, tetapi makan daging lembu yang dicuri adalah haram, bukan kerana daging itu, tetapi kerana masalah curi. Bagi menghalalkan kembali daging tersebut, bayar sahaja wang harga daging kepada tuan punyanya.

Begitu juga dengan cinta. Menyimpan dan berkongsi perasaan cinta dengan bukan mahram itu adalah satu perkara fitrah dan diharuskan dalam agama, tetapi apabila perasaan itu disertai dengan kehendak untuk persetubuhan haram (zina), maka diharamkan, bukan kerana perasaan tersebut tetapi kerana niat untuk persetubuhan haram tersebut. Justeru, bagi menghalalkan kembali hubungan cinta yang terjalin, perkara-perkara haram yang timbul perlu dibuang.

Memiliki dan berkongsi perasaan cinta ini yang halal ini diperakui oleh Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas:
عن ابن عباس رضي الله عنهما أن رجلاً قال: "يا رسول الله في حجري يتيمة قد خطبها رجل موسر ورجل معدم، فنحن نحب الموسر وهي تحب المعدم، فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: (لم نر للمتحابين غير النكاح)". أخرجه ابن ماجه (1/593، رقم 1847)، والطبرانى (11/17، رقم 10895)، والحاكم (2/174، رقم 2677) وقال: صحيح على شرط مسلم، والبيهقى (7/78، رقم 13231).

Maksudnya: Daripada Ibnu Abbas, bahawa seorang lelaki berkata kepada Nabi: “Wahai Rasulullah, aku ada memelihara seorang anak yatim perempuan. Dia dilamar oleh orang kaya dan orang miskin. Kami suka kalau dia memilih yang kaya, tetapi dia cinta kepada yang miskin. Maka berkata Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam: (Kami tidak melihat perkara yang sesuai bagi orang yang saling menyintai itu kecuali kahwin)”. Hadith diriwayatkan oleh Ibnu Majah (1/593, no 1874), At-Tabarani (11/17, no 10895), Al-Hakim (2/174, no 2677) dan berkata bahawa “hadith ini sahih mengikut syarat Imam Muslim”, dan Imam Baihaqi (7/78, no 13231).

Nabi langsung tidak mencela perasaan cinta yang dimiliki anak yatim perempuan tersebut sebelum berkahwin. Nabi hanya berkata bahawa perkara yang sesuai kepada orang yang saling menyintai itu adalah kahwin.

Hadith seterusnya berkenaan cinta Mughith kepada Barirah:
عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ: أَنَّ زَوْجَ بَرِيرَةَ كَانَ عَبْدًا يُقَالُ لَهُ مُغِيثٌ كَأَنِّي أَنْظُرُ إِلَيْهِ يَطُوفُ خَلْفَهَا يَبْكِي وَدُمُوعُهُ تَسِيلُ عَلَى لِحْيَتِهِ فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِعبَّاسٍ: يَا عَبَّاسُ، أَلَا تَعْجَبُ مِنْ حُبِّ مُغِيثٍ بَرِيرَةَ وَمِنْ بُغْضِ بَرِيرَةَ مُغِيثًا). فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: (لَوْ رَاجَعْتِهِ). قَالَتْ: يَا رَسُولَ اللَّهِ تَأْمُرُنِي؟ قَالَ: (إِنَّمَا أَنَا أَشْفَعُ) قَالَتْ: لَا حَاجَةَ لِي فِيهِ. أخرجه البخارى (5/2023، رقم 4979)، وأبوداود (2/270، رقم 2231)، والنسائى (8/245، رقم 5417)، وابن ماجه (1/671، رقم 2075)، وأخرجه أيضًا ابن حبان (10/96، رقم 4273).

Maksudnya: Daripada Ibnu Abbas (dia berkata): “(Bekas) Suami Barirah adalah seorang hamba dipanggil Mughith. Seolah-olah aku melihatnya sekarang mengekori belakang Barirah dengan bercucuran air mata atas janggutnya. Nabi lalu berkata kepada Abbas: (Wahai Abbas, tidakkah engkau takjub dengan kecintaan Mughitgh kepada Barirah, dan kebencian Barirah kepada Mughith?. Kata Nabi kepada Barirah: (Kalaulah kamu dapat kembali kepadanya). Barirah lalu berkata: “Wahai Rasulullah, adakah kamu memerintahkan aku? Nabi berkata: (Aku hanya menjadi juru runding). Barirah berkata: “Aku tak punya hajat pada Mughith”. Hadith riwayat Imam Bukhari (5/2023, no 4979), Abu Daud (2/270, no 2231), Imam An-Nasa’I (8/245, no 5417), Ibnu Majah (1/671, no 2075), juga Ibnu Hibban (10/96, no 4273).

Apa yang dapat difahami daripada hadith ini adalah:

1) Nabi tidak pernah melarang Mughith daripada terus mencintai Barirah walaupun Barirah telah menjadi ajnabiyyah buatnya.

2) Nabi bahkan mengambil inisiatif bagi melihat cinta itu berjaya dengan memujuk Barirah supaya kembali kepada Mughith, tetapi apakan daya Barirah tetap menolak.

3)Nabi tidak memberikan sebarang komen terhadap Mughith yang setia mengekori Barirah untuk memujuknya. Bahkan Nabi bersabda kepada Abbas: (Tidakkah engkau takjub dengan kecintaan Mughitgh kepada Barirah, dan kebencian Barirah kepada Mughith?)

Lihat bagaimana ajaran Islam yang bersifat sesuai dengan realiti kehidupan berdepan dengan masalah manusia. Sayangnya ajaran Islam yang bersifat realistik dan meraikan fitrah manusia ini, dicemarkan oleh sebahagian daripada kita yang terlampau bersemangat dalam membasmi masalah gejala sosial, sehingga dalam sedar atau tidak sedar mereka turut membasmi fitrah manusia dan menjadikan ajaran Islam seolah-olah hanya merupakan fantasi kehidupan yang tidak pernah wujud.

Islam datang bukan untuk berkata: “Jangan menyintai dan buang perasaan cinta itu”, tetapi datang dengan mengajarkan kita bahawa andainya kamu jatuh cinta, maka barhati-hatilah agar cinta itu tidak membuatkan kamu terpesong daripada kebenaran.

Islam juga datang bukan untuk mengatakan kepada kita: “Jangan kamu membenci sesama kamu”, tetapi datang untuk mengajarkan andainya kamu membenci seseorang maka biarlah berpada-pada jangan sampai membutakan kamu daripada kebenaran.

Jatuh cinta adalah perkara yang tidak mampu dikawal, hal itu terletak pada kuasa Allah dan Allah tidak akan menzalimi hambaNya dengan membebankan mereka dengan perkara-perkara yang tidak mereka mampu melakukannya. Masalah yang diperbahaskan dalam ilmu usul fiqh sebagai التكليف بما لا يطاق / Attaklif bima la yutaq.

Sedangkan Nabi sendiri pun meminta pengecualian daripada Allah dalam urusan berlaku adil antara isterinya dalam perkara yang melibatkan hati dan perasaan.
عَنْ عَائِشَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَقْسِمُ بَيْنَ نِسَائِهِ فَيَعْدِلُ، وَيَقُولُ: (اللَّهُمَّ هَذِهِ قِسْمَتِي فِيمَا أَمْلِكُ فَلَا تَلُمْنِي فِيمَا تَمْلِكُ وَلَا أَمْلِكُ). قال الترمذي: إِنَّمَا يَعْنِي بِهِ الْحُبَّ وَالْمَوَدَّةَ كَذَا فَسَّرَهُ بَعْضُ أَهْلِ الْعِلْمِ. أخرجه الترمذي (1140)، وأبو داود (2134)، والنسائي (7/63).

Maksudnya: “Daripada Aisyah bahawa Nabi membahagikan antara isteri-isterinya dengan adil dan dia berkata: (Ya Allah, ini adalah pembahagian aku daripada apa yang aku miliki, janganlah Engkau mencela aku pada perkara yang Engkau miliki tapi tidak aku miliki). Berkata Imam Tirmizi: Sesungguhnya yang dimaksudkan itu adalah perasaan cinta dan sayang sebagaimana tafsiran ahli ilmu. Hadith dikeluarkan oleh Imam Tirmizi (1140), Imam Abu Daud (2134), dan Imam Nasa’I (7/63).

Jelas melalui hadith tersebut bahawa perasaan cinta dan sayang tidak mampu dikawal oleh manusia. Mustahil bagi seorang lelaki yang beristeri empat contohnya mahu berlaku adil terhadap isteri-isterinya dalam soal hati dan perasaan. Sebab itu Nabi sendiri memohon kepada Allah supaya tidak mencelanya pada perkara yang tidak dimiliki olehnya dan tidak termampu baginya untuk melakukan.

Hal sebegini disedari dengan baik oleh para sahabat. Dalam suatu kisah yang melibatkan Sayyidina Umar sendiri diceritakan bahawa telah datang kepadanya seorang lelaki dan berkata: “Wahai Amir Mukminin, sesungguhnya aku telah melihat seorang perempuan lalu aku jatuh cinta kepadanya”. Lalu Sayyidina Umar Bin Khattab berkata: “Itu adalah perkara yang tidak mampu dikawal”. Rujuk Al-Jawab Al-Kafi oleh Ibnul Qayyim, m/s 164, cetakan Darul Kutubil Ilmiyyah.

Hal ini berlaku kerana sememangnya manusia itu akan mudah jatuh cinta kepada sesiapa yang berkongsi keserasian dengannya, bak sabda Nabi dalam sebuah hadith:


الأرواح جنود مجندة فما تعارف منها ائتلف وما تناكر منها اختلف
أخرجه البخارى (3/1213، رقم 3158).ـ

Maksudnya: (Roh-roh itu adalah ibarat tentera yang saling berpasangan, mana-mana roh yang secocok maka roh-roh itu akan bersatu, mana-mana roh yang tak secocok maka roh-roh itu akan berselisih). Dikeluarkan oleh Imam Bukhari (3/1213, no 3158).


Bersambung...


Oleh:
Ahmad Fathi Muhammad
Ahad, 9 Rabi'ul Awal 1432 bersamaan 12 Februari 2011
Marrakech, Maghribi.
Emel: fathifawwaz@yahoo.com
ARTIKEL NI ADALAH HASIL COPY PASTE DARI PMMM